Xi Seru Bina Rangkaian Global Untuk Dialog dan Kerjasama Sesama Tamadun

Presiden China, Xi Jinping berkata China bersedia bekerjasama dengan pelbagai negara dalam usaha membina rangkaian global untuk dialog dan kerjasama sesama tamadun.

Demikian dikatakan beliau dalam surat tahniah kepada Mesyuarat Peringkat Menteri Dialog Tamadun Global yang dirasmikan di Beijing pada Khamis.

Xi menyatakan, sejarah membuktikan bahawa pertukaran dan saling belajar sesama tamadun amat penting bagi mewujudkan kemakmuran tamadun dan kemajuan manusia.

Tatkala dunia bergelut dengan transformasi dan pergolakan, manusia yang berada di persimpangan baharu kini amat memerlukan pertukaran dan saling belajar untuk menjangkau kerenggangan dan mengelakkan konflik.

Xi menegaskan bahawa China bersedia bekerjasama dengan pelbagai negara untuk menjunjung tinggi nilai tamadun yang berteraskan kesamarataan, saling belajar, dialog dan keterangkuman, melaksanakan Inisiatif Peradaban Global (GSI) demi mendorong kemajuan tamadun manusia serta keamanan dan pembangunan dunia.

Xi juga menzahirkan harapan agar para perwakilan dapat mengadakan pertukaran pendapat secara mendalam pada mesyuarat kali ini hingga mencapai konsensus demi menyumbang kebijakan dan tenaga untuk merapatkan persefahaman sesama rakyat serta kewujudan bersama secara harmoni pelbagai tamadun.

Untuk rekod, Mesyuarat Peringkat Menteri Dialog Tamadun Global yang bertemakan “Safeguarding Diversity of Human Civilizations for World Peace and Development” menarik penyertaan lebih 600 tetamu dari 140 negara dan wilayah.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda