Presiden Xi Jinping menekankan keperluan untuk mengekalkan kebersatuan antara pimpinan Parti, pentadbiran negara oleh rakyat dan tadbir urus berdasarkan undang-undang, di samping mencipta lembaran baharu dalam usaha memajukan kedaulatan undang-undang di China.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat membuat kenyataan itu menerusi arahan kerja mengenai usaha memperkasa kedaulatan undang-undang secara menyeluruh.
Arahan itu turut disampaikan pada persidangan pusat mengenai kerja tadbir urus berdasarkan undang-undang yang berlangsung selama dua hari di Beijing bermula Isnin.
Xi menekankan kepentingan untuk melaksanakan sepenuhnya pemikiran mengenai kedaulatan undang-undang sosialis bercirikan China pada era baharu, serta memperkukuh penyelarasan antara kedaulatan undang-undang dengan pembaharuan, pembangunan dan kestabilan.
Ujar beliau, adalah penting untuk mempertahankan dan menggalakkan keadilan dan kesaksamaan sosial selain terus memperkasa kedaulatan undang-undang dalam semua aspek pentadbiran negara.
Persidangan itu dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Zhao Leji dan Naib Perdana Menteri, Ding Xuexiang.













Tinggalkan Balasan