Xi Terima Kunjungan Ketua Delegasi Asing Hadiri Mesyuarat Majlis Menteri Luar SCO

Presiden China Xi Jinping menerima kunjungan menteri-menteri luar dan ketua-ketua institusi tetap Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Selasa.

Para delegasi tersebut berada di China bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar SCO.

Dalam pertemuan tersebut, Xi menekankan bahawa berdepan situasi antarabangsa yang penuh kekacauan dan perubahan, SCO perlu mengenal pasti hala tuju yang tepat, memperkukuh keyakinan, bertindak dengan berkesan dan memainkan peranan aktif dalam menyumbang kepada ketabilan serta tenaga positif kepada dunia.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda