Presiden China, Xi Jinping menerima kunjungan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese yang sedang mengadakan lawatan rasmi di negara ini pagi tadi.
Dalam pertemuan tersebut, Xi menekankan bahawa China dan Australia perlu terus meningkatkan kepercayaan strategik, memperkukuh dan memperluas kerjasama saling menguntungkan, memupuk persahabatan antara rakyat serta bersama-sama menghadapi cabaran yang mendatang.
Sementara itu Albanese pula menyatakan bahawa, Australia berpegang kepada dasar Satu China dan tidak menyokong “kemerdekaan Taiwan”.
Pihaknya juga bersedia mengekalkan dialog dan pertukaran pelbagai peringkat dengan China untuk meningkatkan kepercayaan bersama.
Selain itu, Australia juga bersedia bersama-sama China untuk mengekalkan multilateralisme, menyokong peranan penting dimainkan PBB, bersama-sama melindungi perdagangan bebas dan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Tinggalkan Balasan