Xi Ucap Selamat Menyambut TBC 2026 kepada Veteran Tentera

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) kepada veteran tentera.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) menyampaikan salam semasa menghadiri gala anjuran CMC untuk pegawai tentera bersara dari pasukan berpangkalan di Teater China di Beijing pada Jumaat.

Teater China penuh dengan suasana perayaan yang meriah menjelang TBC 2026. 

Perwakian veteran tentera yang berada di Bejing yang pernah memberikan sumbangan dalam menubuhkan, mempertahankan dan membangunkan Republik Rakyat China, serta mereka yang pernah menyumbang kepada pertahanan negara dan pembinaan tentera berkumpul bersama-sama untuk menyambut TBC 2026.

Xi beramah mesra dengan veteran tentera dengan bertanyakan tentang kesihatan dan kehidupan mereka, selain bersama-sama mengimbas kembali pencapaian diperoleh dalam gerak kerja PKC, prestasi kerajaan dan pasukan tentera sepanjang tahun lalu.