Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina (TBC) kepada seluruh anggota Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), pasukan polis bersenjata, kakitangan awam tentera, anggota simpanan dan anggota militia sempena sambutan TBC yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat turut meninjau kesiapsiagaan tempur dan pelaksanaan tugas pasukan tentera menerusi pautan video.












Tinggalkan Balasan