Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Cheng Li-wun yang dipilih sebagai Pengerusi parti Kuomintang China (KMT), pada Ahad.
Dalam perutusan tahniahnya kepada Cheng, Xi memuji usaha kedua-dua parti politik yang mematuhi Konsensus 1992 dan menentang ‘Kemerdekaan Taiwan’ bagi memelihara keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan.
Xi berkata, sejak sekian lama kedua-dua parti telah menggalakkan pertukaran dan kerjasama rentas selat, menyumbang kepada kestabilan serantau serta meningkatkan kesejahteraan penduduk di Tanah Besar dan Taiwan.
Beliau berharap kedua-dua parti terus mematuhi asas politik bersama, bersatu dengan penduduk Taiwan, meningkatkan pertukaran dan kolaborasi antara parti, agar mendorong pembangunan bersama dan mewujudkan penyatuan semula negara.
Pada hari yang sama, Cheng Li-wun membalas surat kepada Xi, menzahirkan ucapan terima kasih kepada beliau, dan menyatakan bahawa kedua-dua belah Selat Taiwan adalah keturunan bangsa China.
Beliau menekankan, kedua-dua parti harus meningkatkan komunikasi dan kerjasama demi mempromosikan kedamaian dan kestabilan di Selat Taiwan.













Tinggalkan Balasan