Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada majlis perasmian Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika 2026, pada Khamis.
Dalam suratnya, Xi menyatakan bahawa Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika yang diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-70 jalinan hubungan diplomatik antara China dengan Afrika merupakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua pihak, dan menandakan langkah penting untuk memperkukuh persahabatan China-Afrika di kalangan rakyat pada titik permulaan baharu dalam sejarah.
Beliau berharap kedua-dua pihak agar mengambil peluang tahun pertukaran ini untuk mengukuhkan persahabatan tradisional, meningkatkan pertukaran dan saling pempelajaran antara peradaban, meluaskan pertukaran rakyat-ke-rakyat khususnya dalam golongan belia, mempergiat pertukaran pengalaman tadbir urus, dan berganding tangan untuk mempromosikan pembinaan modenisasi.
Melalui usaha-usaha tersebut, kedua-dua pihak dapat menggalakkan persefahaman rakyat China dan Afrika yang berbilang 2.8 bilion, sekali gus menyumbang kepada perpaduan Selatan Global demi bersama-sama menangani cabaran, menyemarakan nilai bersama umat manusia serta membina komuniti berkongsi nasib sesama insan, menurut Xi.













Tinggalkan Balasan