Presiden China, Xi Jinping mengucap tahniah kepada rakyat dan negara-negara Afrika sempena berlangsungnya Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika (AU) ke-39 yang diadakan pada Sabtu, melalui mesej kepada Presiden Angola Joao Lourenco yang juga menyandang jawatan sebagai pengerusi bergilir AU, dan Pengerusi Suruhanjaya AU, Mahmoud Ali Youssouf.
Xi menekankan bahawa berhadapan situasi antarabangsa yang penuh dengan perubahan drastik dan kucar-kacir, China bertekad memelihara kedamaian dunia dan menggalakkan pembangunan bersama demi mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
“China akan menguatkuasakan sifar tarif dengan menyeluruh terhadap 53 buah negara Afrika yang berhubungan diplomatik degan China bermula 1 Mei nanti, manakala terus berunding untuk menandatangani perjanjian bagi mengembangkan bersama perkongsian ekonomi, dan memperluas lagi akses produk Afrika ke China melalui penaiktarafan laluan hijau dan sebagainya.
Kesemuanya ini merupakan langkah baharu China untuk mempertingkat keterbukaan kepada luar, yang pasti akan memberikan peluang baharu kepada pembangunan Afrika dan perjuangan kedua-dua pihak bagi modenisasi.
Xi menambah, China bersedia mewarisi persahabatan tradisional dengan Afrika, memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan, menambah persefahaman dan memupuk silaturahim di kalangan rakyat sehingga dapat membuka lembaran baharu dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Afrika sepanjang masa untuk era baharu.













Tinggalkan Balasan