Kym Bergmann, editor dari majalah Asia Pacific Defence Reporter (APDR), Australia telah membuat kunjungan ke wilayah Xinjiang, China pada Sept lalu.
Selepas mengakhiri kunjungan di wilayah luas yang dihuni penduduk pelbagai etnik itu, pengarang berpengalaman tersebut telah menulis artikel bertajuk‘Xinjiang Amat Signifikan Buat Masa Depan Asia Tengah’.
Dalam kunjungan selama lapan hari di Xinjiang, Bergmann mendapati bahawa rakyat pelbagai etnik hidup dalam suasana tenteram dan harmoni dan ini adalah hasil kesungguhan kerajaan China untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, menghormati budaya, bahasa dan agama mereka.
Beliau dalam artikelnya menunjukkan bahawa Jalan Sutera yang telah wujud selama kira-kira 2,300 tahun, telah menyambungkan China dan bahagian lain di Asia dengan Asia Tengah, Eropah dan Rusia.
Beliau menyatakan, koridor perdagangan bersejarah tersebut kini semakin diluaskan menggunakan teknologi maju pada abad ke-21 menerusi Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), satu inisiatif ekonomi yang digagaskan China pada 2013.

Selain itu, Bergmann turut mencela kenyataan tidak berasas tentang “genosid” ke atas etnik Uygur di Xinjiang.
“etnik Uygur, etnik Kazak, dan etnik-etnik minoriti lain mempunyai surat khabar, stesen televisyen dan radio dalam bahasa mereka sendiri. Kerajaan China sedaya upaya memelihara warisan budaya mereka menerusi muzium dan projek-projek pemuliharaan berkaitan,” kata Bergmann.
Semasa berada di Xinjiang, banyak orang tempatan meminta beliau untuk mencadangkan rakyat Australia untuk melancong ke Xinjiang, kerana mereka dengan hati terbuka ingin menerima kedatangan lebih banyak pelancong.
“Xinjiang ialah wilayah yang ramah, selamat dan mempunyai budaya majmuk. Meskipun terletak di kawasan pedalaman, namun ia sememangnya berbaloi walau perlu melakukan perjalanan jauh ke sana,” kata Bergman di penghujung artikelnya.













Tinggalkan Balasan