Menara 3 Petronas Terbakar

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Satu kebakaran berlaku di Menara 3 Petronas di sini pagi ini, dipercayai melibatkan sebuah restoran di tepi tingkat atas bangunan berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Hassan ‘As’ari Omar mengesahkan kejadian dan berkata setakat ini tiada mangsa dilaporkan.

Beliau berkata jentera serta anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi dan operasi pemadaman sedang dijalankan.