PUCM hargai keikhlasan PM Anwar pelihara hubungan dengan China

PUTRAJAYA, 21 Mac – Presiden Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) Dato’ Keith Li berkesempatan bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyatakan penghargaan kepada usaha Perdana Menteri ke arah mengukuhkan hubungan dua negara.

Pada pertemuan singkat itu, Li turut menyampaikan kepada Anwar senaskhah buku terbitan khas sempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun ini.

Li yang juga pengasas portal berita Malaysia-China Insight (MCI) bertemu Anwar ketika Perdana Menteri meraikan pengamal media daripada pelbagai agensi pada majlis berbuka puasa Madani di Kompleks Seri Perdana.

Portal berita MCI memaparkan perkembangan semasa dunia perdagangan di Malaysia dan China di samping berita di rantau Asia Pasifik dan global.

Semasa berucap, Anwar berkata beliau percaya media punya peranan penting dalam mengangkat martabat negara dan membantu melonjak pertumbuhan ekonomi.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda