Agong Berkenan Terima Menghadap Ketua Polis Negara Baharu

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Mohd Khalid bersama Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung di Johor Bahru.

Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk M Kumar. 

Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15 pada 20 Jun lepas menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda