Agong Tinjau Perairan Johor

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat meninjau keadaan perairan di Johor meskipun hujan lebat sejak pagi.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Seri Paduka Baginda, Sultan Ibrahim mengemudi sendiri bot dari Jeti DiRaja Stulang Laut sebelum menuju ke perairan Kota Tinggi.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda itu mencerminkan keprihatinan mendalam terhadap aspek keselamatan serta kesejahteraan rakyat khususnya nelayan yang bergantung kepada laluan perairan sebagai sumber rezeki, pengangkutan dan kegiatan harian,” menurut hantaran itu. 

Hantaran itu juga memuat naik beberapa gambar yang merakam keberangkatan Seri Paduka Baginda ketika meninjau kawasan perairan berkenaan.