Kenyataan Berhubung Dunia Islam Petik Titah Dan Gambar Sultan Ibrahim Palsu

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan satu hantaran palsu yang memetik titah dan menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung dunia Islam yang tular di media sosial.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Royal Press Office menegaskan bahawa kenyataan yang dipaparkan dalam imej berkenaan adalah palsu.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang disebarkan di dalam akaun-akaun palsu ini,” menurut kenyataan itu. 

Hantaran itu turut menyertakan tangkap layar menunjukkan akaun media sosial menggunakan nama Daily Iran News yang memuat naik status kononnya kenyataan dikeluarkan Sultan Ibrahim berhubung dunia Islam.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda