Kerajaan N.Sembilan Terima Anugerah Negeri Paling Progresif 2024

SEREMBAN, 21 Julai — Negeri Sembilan menerima pengiktirafan sebagai Negeri Paling Progresif di Malaysia untuk tahun 2024 bagi anugerah The International Business Review (IBR) ASEAN Awards 2025. 

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataan berkata pencapaian ini membuktikan langkah proaktif pasukan dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan. 

Beliau berkata pengiktirafan itu berdasarkan 20 kriteria ranking negeri-negeri di Malaysia berhubung Tarikan bagi Pelabur Global, seperti aspek Financial Security, Ease of Doing Business, Tourism, Industries, Global Awarness, Positively Impact Policies, Land Equity, Environmental Preservation, Happiness Index of the People, Foodstuffs Security dan Future Plan. 

“Pengiktirafan ini bukan sekadar anugerah, malah sebagai bukti usaha kolektif Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan semua peringkat yang berteraskan tema Bersih, Muafakat dan Sejahtera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Industri dan Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI) Teo Kok Seong  bersama Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Dr Arwan Sabri mewakili pentadbiran negeri bagi menerima anugerah tersebut yang berlangsung di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu pada Sabtu lepas.

Anugerah berprestij ini adalah berdasarkan penilaian terperinci oleh penilai-penilai profesional yang terdiri dari tokoh-tokoh ternama pelbagai bidang dari dalam dan luar negara. 

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda