KUALA LUMPUR, 5 Mac — Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menandatangani nota takziah atas pemergian Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei di Kedutaan Iran di Malaysia, pada Khamis.
Mohamad berkata beliau turut menzahirkan salam takziah dan rasa duka kerajaan serta rakyat Malaysia kepada Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi atas pemergian pemimpin itu.
“Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh rakyat Iran dalam menghadapi saat-saat sukar ini,” katanya dalam catatan di Facebook, pada Khamis.
Khamenei, 86, terkorban dalam serangan bersama Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran, Sabtu lepas.
















Tinggalkan Balasan