KANGAR, 25 Dis — Mohd Shukri Ramli hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan.
Pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, Mohd Shukri berkata beliau telah mempersembahkan surat peletakan jawatan itu kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, tengah hari tadi.
Sehubungan itu, beliau berkata peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa sehingga diperkenan Tuanku Syed Sirajuddin.
“Saya dengan ini menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mempertimbangkan hasrat saya ini,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pentadbiran kerajaan negeri dan rakyat negeri itu yang telah memberikan kerjasama baik sepanjang pentadbirannya sebagai Menteri Besar.















Tinggalkan Balasan