KUALA LUMPUR, 30 Dis — Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) lewat malam tadi.
Perkara itu disahkan seorang pemimpin kanan Bersatu kepada Bernama hari ini.
“Pada 12.13 tengah malam tadi, Tan Sri Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau telah memuktamadkan keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN dan berharap ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PN dapat menerima keputusan beliau,” katanya.
Bagaimanapun, tiada sebarang sebab diberikan berkaitan peletakan jawatan itu.
Media hari ini melaporkan peletakan jawatan Presiden Bersatu itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.















Tinggalkan Balasan