PM Arah PDRM Semak Larangan Ke Luar Negara Terhadap Fahmi Reza

KUALA LUMPUR, 8 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan individu selagi tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada.

“Oleh itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

“Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan ini dengan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Media semalam melaporkan Fahmi dilarang ke luar negara selepas larangan sama turut dikeluarkan kepada beliau ke Sabah minggu lepas.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda