Presiden Xi Jinping Kirim Salam Hormat Kepada Agong

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi Malaysia semasa kunjungan hormat kepada Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping di Great Hall of People, Beijing, China. 2 September 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of

BEIJING, 2 Sept — Presiden China Xi Jinping mengirim salam hormat kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Xi meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan salam berkenaan semasa pertemuan mereka di Great Hall of the People di sini pada Selasa. 

Mengimbau lawatan negaranya ke Malaysia pada April lepas, Xi berkata layanan mesra yang diberikan kerajaan dan rakyat Malaysia sepanjang lawatan itu telah meninggalkan kenangan yang indah dan berkekalan kepadanya.

Beliau menyatakan semasa lawatan berkenaan, kedua-dua pihak turut mencapai persefahaman penting dalam membina Komuniti Berkongsi Nasib China-Malaysia yang berkongsi masa depan bersama.

“Sejak terjalinnya hubungan diplomatik lebih 50 tahun lepas, kedua-dua negara telah saling mendukung dalam menghadapi perubahan global dan melangkah seiringan dalam usaha pemodenan, sekali gus membuka tirai era baharu ‘50 tahun keemasan’ hubungan China-Malaysia,” kata Xi.