KINABATANGAN, 10 Jan — Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Warisan dan Bebas, manakala pertandingan satu lawan satu berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag antara calon BN dan Warisan.
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Eddy Syaizul Rizam Abdullah, di Dewan Sri Lamag, di sini hari ini.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima kertas penamaan daripada tiga orang calon bagi kerusi Parlimen dan dua calon bagi kerusi DUN bagi bahagian pilihan raya P187 Kinabatangan dan N58 Lamag.
“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan dan setelah selesai semakan, saya berpuas hati memutuskan tiada kertas penamaan yang ditolak,” katanya.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Naim Kurniawan Moktar mewakili BN, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu berlaku antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
















Tinggalkan Balasan