KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa tiada ruang untuk tindakan buas (hooliganism) atau keganasan dalam sukan terutamanya bola sepak memandangkan tingkah laku itu bertentangan dengan semangat kesukanan.
Beliau berkata sukan sepatutnya berperanan sebagai satu kuasa yang menyatukan rakyat Malaysia dari semua latar belakang dan tidak harus dinodai dengan tingkah laku tidak terkawal atau memecah-belahkan.
“Semua orang menyokong pasukan mereka atau negeri atau wilayah mereka, tetapi itu tidak membolehkan mereka untuk membuat huru-hara dan mengamalkan hooliganism. Jadi kita akan melakukan perubahan. Jangan ambil budaya samseng itu dalam sukan seperti yang anda baca dan lihat serta tonton di televisyen daripada pengalaman negara lain,” katanya dalam ucapan semasa majlis pecah tanah Olympic House di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Anwar berkata semangat dalam sukan adalah biasa namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mewajarkan tingkah laku yang bertentangan dengan semangat kesukanan.
Tinggalkan Balasan