KUALA LUMPUR, 20 Mac — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini.
KUALA LUMPUR, 20 Mac — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berperanan menjadi pemudah cara dalam memastikan urusan perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India yang terletak di atas tanah swasta ke lokasi baharu diselesaikan dengan baik, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.