PUTRAJAYA, 7 April — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan semua pihak termasuk penjawat awam untuk mengatasi setiap isu di negara ini dengan baik, supaya ia tidak dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.
Perdana Menteri turut mengesyorkan agar setiap ruang berhubung isu yang berlaku diatasi sebaiknya, manakala isu yang dimainkan di media sosial tidak disensasikan untuk kepentingan sendiri.
“Kita kadangkala terlalu diheret (dalam isu) terutama media sosial atau media, kerana mereka suka sensasi. Jadi hal-hal yang kecil yang boleh kita tangani dengan baik dijadikan besar.
“Seolah-olah perang akan berlaku, soal kuil…perang, soal belon…perang, padahal boleh kita atasi dengan baik, sebab itu saya ingin mengesyorkan supaya jangan berikan ruang (eksplotasi),” kata beliau ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan April, di sini hari ini.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Tinggalkan Balasan