Feri Percuma Pada 20 Okt Sempena Deepavali

eGEORGE TOWN, 16 Okt — Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengumumkan perkhidmatan feri percuma kepada warganegara Malaysia sempena perayaan Deepavali 20 Oktober ini.

Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata tambang percuma itu melibatkan perjalanan kedua-dua arah dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di sini dan sebaliknya, mengikut jadual perkhidmatan sedia ada.

“Penumpang hanya perlu menunjukkan MyKad atau MyKid semasa berurusan di terminal feri bagi melayakkan mereka menikmati perjalanan percuma,” katanya dalam kenyataan hari ini.