Festival Seni Rakyat Antarabangsa China (CIFAF) ke-13 membuka tirainya di bandar Foshan, provinsi Guangdong pada malam Khamis. Pelbagai badan kesenian dari dalam dan luar negeri membabitkan lebih 500 artis dan 13 buah negara asing masing-masing menyajikan persembahan yang cemerlang.
Semasa berlangsung festival yang bertemakan “Melangkaui Batas Gunung dan Laut, Bersama-sama Menuju ke Masa Depan” itu, para penonton berpeluang menikmati siri aktiviti seperti persembahan jelajah musim luruh, konsert jelajah di peringkat akar umbi, dan malam gala. Selain itu, pelbagai badan kesenian asing dijadual akan masing-masing mengadakan persembahan jelajah di samping mengikuti sesi pertukaran dengan artis tempatan di bandar Dongguan, Zhuhai dan Shenzhen.
Untuk rekod, CIFAF telah berjaya dianjurkan sebanyak 12 edisi sejak tahun 1990, diserikan dengan kehadiran 173 badan kesenian rakyat dari 68 negara di lima benua dunia.














Tinggalkan Balasan