Hiasan Bunga Siap Menjelang Majlis Peringati Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis

Kerja gubahan hiasan bunga di sepanjang Lebuh Chang’an, Beijing selesai dilakukan menjelang majlis memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Menurut Biro Perhutanan dan Taman Beijing, lebih 100 jenis tumbuhan digunakan bagi menghasilkan 10 set hiasan bunga sempena majlis berkenaan.

Kesemua hiasan landskap berkenaan menampilkan tema “Mengingati Sejarah, Mengenang Pahlawan, Menghargai Keamanan, Mencipta Masa Depan”.

Gubahan hiasan bunga turut memaparkan semangat rakyat China yang tabah berjuang demi merealisasikan visi membina negara kuat dan mewujudkan kebangkitan bangsa.