NEW YORK, Dec 3 — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berasa amat sedih dengan kehilangan nyawa akibat banjir besar dan tanah runtuh di Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan Malaysia, kata jurucakapnya pada Selasa, lapor Xinhua.
Jurucakapnya Stephane Dujarric berkata dalam satu kenyataan bahawa Ketua PBB itu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menzahirkan solidaritinya dengan semua yang terjejas oleh bencana berkenaan.
PBB sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa di keempat-empat negara dan bersedia membantu usaha bantuan dan respons, malah Pasukan Negara PBB bersedia memberikan sokongan yang diperlukan kepada kerajaan masing-masing, katanya.
Menurut jurucakap itu, lebih 1,000 orang dilaporkan terkorban, dengan ramai masih hilang dan berjuta-juta terjejas ketika hujan lebat terus membanjiri kawasan yang luas di empat negara berkenaan.
Media melaporkan bahawa angka korban akibat banjir dan tanah runtuh di tiga wilayah di Pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 712 orang, manakala lebih 400 rakyat Sri Lanka terkorban akibat tanah runtuh dan banjir berpunca daripada Siklon Ditwah.
















Tinggalkan Balasan