KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Duncan Sikodol sebagai anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM diharap dapat memperkukuh usaha membanteras rasuah serta meningkatkan integriti dan tadbir urus negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan Duncan bagi menganggotai lembaga berkenaan hari ini bagi sesi 2026-2029.
“Semoga amanah yang diberikan ini dapat terus memperkukuh usaha membanteras rasuah, di samping mempertingkatkan integriti dan tadbir urus negara,” kata beliau menerusi hantaran Facebook.

















Tinggalkan Balasan