Dialog “The Power of Ideas” anjuran CGTN di bawah Kumpulan Media China (CMG), Persatuan Pendidikan antara Malaysia dan China (EAMC) dan Universiti Tunku Abdul Rahman diadakan di Kuala Lumpur, pada 11 April, bersempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Vietnam, Malaysia dan Kemboja.
Pengerusi Kokus Inisiatif Jalur dan Laluan Asia Pasifik (BRICAP) yang juga bekas Menteri Pengangkutan Malaysia, Ong Tee Keat; Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-China dan juga bekas Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Abdul Majid Ahmad Khan; Ketua Setiausaha Dewan Perniagaan Malaysia-China, Chan Yun Fong; dan Pengerusi Pusat untuk Asia Inklusif Baharu (CNIA), Khor Kim Keong menghadiri sesi dialog bertemakan China-ASEAN itu, memberikan ceramah berhubung konsep diplomasi kejiranan berpandukan prinsip mesra, ikhlas, saling untung dan inklusif yang disyorkan Presiden Xi Jinping, serta pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.
Tinggalkan Balasan