KUALA LUMPUR, 15 Feb — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat memfailkan permohonan mahkamah bagi mendapatkan perintah pelucuthakan harta alih yang berada di luar Malaysia atas penama Putera Turki Abdullah Al-Saud.
Menurut sumber, permohonan itu difailkan di bawah Seksyen 56(1), Seksyen 59 dan Seksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Harta yang terlibat ialah wang berjumlah kira-kira US$115.3 juta (RM450.5 juta) yang disimpan dalam beberapa akaun bank di Switzerland termasuk di J.P. Morgan (Suisse) SA dan UBS Switzerland AG.
“Tindakan itu diambil selaras peruntukan undang-undang yang memberikan kuasa kepada SPRM untuk memohon pelucuthakan harta yang dipercayai hasil daripada aktiviti haram tertakluk pada perintah mahkamah,” katanya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan permohonan itu.

















Tinggalkan Balasan