SPRM Tahan Dua Pegawai Imigresen Disyaki Terlibat “Counter-Setting” Di LTAPP

GEORGE TOWN, 29 Julai — Dua pegawai Imigresen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku counter-setting menerusi operasi khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), semalam.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua pegawai terbabit ditahan, susulan maklumat risikan yang mengesan kegiatan penyalahgunaan kuasa dan rasuah di LTAPP membabitkan kemasukan warga asing.

Counter-Setting ini melibatkan kemasukkan warga asing ke Malaysia dan membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai Imigresen yang terlibat, yang secara sengaja membenarkan kemasukan warga asing tersebut masuk ke dalam negara tanpa melalui proses tapisan dan pemeriksaan Imigresen yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu, hari ini.

SPRM dalam kenyataan memaklum kedua-dua pegawai itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009 dan siasatan lanjut juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti jaringan dan modus operandi sepenuhnya.

Menurut kenyataan itu, SPRM memaklumkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati terlibat dalam sebarang bentuk rasuah atau salah guna kuasa, khususnya dalam sektor penguatkuasaan yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda