Menjelang lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Rusia, aktiviti Tayangan Filem dan Program TV Terpilih Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan di Moscow baru-baru ini.
Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan videonya berkata tahun ini ditetapkan sebagai Tahun Budaya China-Rusia. Aktiviti tayangan itu merupakan langkah konkrit untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, merapatkan pertukaran sosiobudaya dan memperkukuh asas persahabatan dalam kalangan rakyat.

Menurut beliau, aktiviti berkenaan akan membolehkan rakyat Rusia memahami amalan inovatif dalam usaha mewujudkan modenisasi ala China, merasai kedinamikan negara Tembok Besar pada era baharu serta daya tarikan unik budaya China.
Difahamkan, lebih 10 program terpilih antaranya ‘Xi Jinping Cares About Chinese Cultural Treasures‘, ‘Decoding China: A Unique Path to Modernization‘ dan ‘Beauty and Harmony‘ akan disiarkan di media arus perdana Rusia.
Tinggalkan Balasan