{"id":101067,"date":"2026-01-13T10:00:00","date_gmt":"2026-01-13T02:00:00","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=101067"},"modified":"2026-01-13T10:38:42","modified_gmt":"2026-01-13T02:38:42","slug":"aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/","title":{"rendered":"Aktiviti Tidak Bermoral: Siasatan Terhadap 21 Pegawai ATM Akan Dibawa Ke Peringkat Perundangan"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 12 Jan &#8212;\u00a0Siasatan terhadap 21 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dengan aktiviti tidak bermoral, dikaitkan dengan budaya &#8216;Yeye&#8217; seperti yang tular di media sosial\u00a0baru-baru ini, akan beralih kepada proses perundangan dalam masa terdekat.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kesemua pegawai berkenaan masih bertugas seperti biasa dan berhak membela diri apabila proses perundangan dilaksanakan nanti.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka sedang disiasat dan apabila selesai (siasatan), ia akan beralih kepada proses perundangan, sudah tentu mereka ada hak untuk membela diri,\u201d katanya pada sidang media selepas Majlis Perutusan Tahun Baharu Menteri Pertahanan 2026 di Wisma Perwira di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohamed Khaled menegaskan larangan berkaitan pengambilan minuman keras dan membawa tetamu bukan ahli keluarga ke dalam mess sememangnya telah lama termaktub dalam peraturan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata kemasukan tetamu ke dalam mess hanya dibenarkan melibatkan ahli keluarga, manakala membawa individu lain tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan dan diketahui oleh anggota terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, beliau berkata insiden yang berlaku itu merupakan pelanggaran peraturan oleh segelintir individu dan&nbsp;bukannya satu budaya yang diamalkan secara meluas dalam ATM seperti digambarkan di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi media sosial seolah-olah digambarkan ini adalah budaya biasa dalam ATM, sedangkan sebenarnya peraturan sudah jelas,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohamed Khaled berkata tindakan tegas akan diambil dan sekiranya didapati bersalah, hukuman maksimum termasuk penamatan perkhidmatan boleh dikenakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 5 Jan lepas, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan ATM menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan kemasukan individu luar serta wujudnya aktiviti tidak bermoral di kem tentera, yang tular di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata MINDEF dan ATM&nbsp;sudah lama mengharamkan kegiatan tidak bersahsiah di semua kem seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata berkata pihaknya&nbsp;telah menetapkan peraturan dan garis panduan yang jelas dan tegas berkaitan segala aktiviti sosial yang boleh diadakan di kem terutamanya&nbsp;selepas penubuhan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), yang sepatutnya membendung sebarang unsur&nbsp;mungkar dalam kalangan anggota.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, Mohamed Khaled berkata individu yang mencemarkan nama baik ATM dengan perbuatan mungkar, haram dan tidak bermoral&nbsp;sama sekali bukan cerminan akhlak dan kewibawaan pasukan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKepada seluruh rakyat Malaysia, wajah sebenar ratusan ribu anggota ATM adalah keperkasaan dan pengorbanan luar biasa, pahlawan yang bersih integritinya, yang setia berkhidmat dengan ikhlas, mengutamakan amanah dan sangat bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka&nbsp;tidak terlibat dengan sebarang unsur tidak bermoral dan yang gigih mempertahankan kedaulatan negara tanpa mengharapkan balasan yang sanggup mengorbankan jiwa dan raga demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Malaysia,\u201d katanya.<br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 12 Jan &#8212;\u00a0Siasatan terhadap 21 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dengan aktiviti tidak bermoral, dikaitkan dengan budaya &#8216;Yeye&#8217; seperti yang tular di media sosial\u00a0baru-baru ini, akan beralih kepada proses perundangan dalam masa terdekat.\u00a0 Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kesemua pegawai berkenaan masih bertugas seperti biasa dan berhak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":100728,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"class_list":{"0":"post-101067","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-utama"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Aktiviti Tidak Bermoral: Siasatan Terhadap 21 Pegawai ATM Akan Dibawa Ke Peringkat Perundangan - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Aktiviti Tidak Bermoral: Siasatan Terhadap 21 Pegawai ATM Akan Dibawa Ke Peringkat Perundangan - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 12 Jan &#8212;\u00a0Siasatan terhadap 21 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dengan aktiviti tidak bermoral, dikaitkan dengan budaya &#8216;Yeye&#8217; seperti yang tular di media sosial\u00a0baru-baru ini, akan beralih kepada proses perundangan dalam masa terdekat.\u00a0 Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kesemua pegawai berkenaan masih bertugas seperti biasa dan berhak [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-01-13T02:00:00+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2026-01-13T02:38:42+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Screenshot-2026-01-12-at-1.58.57-PM.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1246\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"826\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/png\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"2 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/\",\"name\":\"Aktiviti Tidak Bermoral: Siasatan Terhadap 21 Pegawai ATM Akan Dibawa Ke Peringkat Perundangan - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Screenshot-2026-01-12-at-1.58.57-PM.png\",\"datePublished\":\"2026-01-13T02:00:00+00:00\",\"dateModified\":\"2026-01-13T02:38:42+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Screenshot-2026-01-12-at-1.58.57-PM.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Screenshot-2026-01-12-at-1.58.57-PM.png\",\"width\":1246,\"height\":826},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Aktiviti Tidak Bermoral: Siasatan Terhadap 21 Pegawai ATM Akan Dibawa Ke Peringkat Perundangan\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Aktiviti Tidak Bermoral: Siasatan Terhadap 21 Pegawai ATM Akan Dibawa Ke Peringkat Perundangan - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Aktiviti Tidak Bermoral: Siasatan Terhadap 21 Pegawai ATM Akan Dibawa Ke Peringkat Perundangan - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 12 Jan &#8212;\u00a0Siasatan terhadap 21 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dengan aktiviti tidak bermoral, dikaitkan dengan budaya &#8216;Yeye&#8217; seperti yang tular di media sosial\u00a0baru-baru ini, akan beralih kepada proses perundangan dalam masa terdekat.\u00a0 Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kesemua pegawai berkenaan masih bertugas seperti biasa dan berhak [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2026-01-13T02:00:00+00:00","article_modified_time":"2026-01-13T02:38:42+00:00","og_image":[{"width":1246,"height":826,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Screenshot-2026-01-12-at-1.58.57-PM.png","type":"image\/png"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"2 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/","name":"Aktiviti Tidak Bermoral: Siasatan Terhadap 21 Pegawai ATM Akan Dibawa Ke Peringkat Perundangan - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Screenshot-2026-01-12-at-1.58.57-PM.png","datePublished":"2026-01-13T02:00:00+00:00","dateModified":"2026-01-13T02:38:42+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Screenshot-2026-01-12-at-1.58.57-PM.png","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Screenshot-2026-01-12-at-1.58.57-PM.png","width":1246,"height":826},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-utama\/aktiviti-tidak-bermoral-siasatan-terhadap-21-pegawai-atm-akan-dibawa-ke-peringkat-perundangan-2\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Aktiviti Tidak Bermoral: Siasatan Terhadap 21 Pegawai ATM Akan Dibawa Ke Peringkat Perundangan"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/101067","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=101067"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/101067\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":101068,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/101067\/revisions\/101068"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/100728"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=101067"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=101067"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=101067"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}