{"id":12549,"date":"2025-04-23T10:50:04","date_gmt":"2025-04-23T02:50:04","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=12549"},"modified":"2025-04-23T10:50:06","modified_gmt":"2025-04-23T02:50:06","slug":"perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/","title":{"rendered":"Perang Saraf Dagangan : TikTok Medan Propaganda Baharu Pertikaian AS-China"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 23 April &#8212; Bahang ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang melangkaui dimensi ekonomi tradisional turut menyaksikan kemunculan medan tempur baharu yang bukan bersenjatakan tarif atau lebihan dagangan sebaliknya menerusi algoritma serta video-video tular.<\/p>\n\n\n\n<p>Di platform media sosial seperti TikTok, arena digital dalam permusuhan AS-China secara senyap-senyap mendedahkan dan membentuk bagaimana persepsi pengguna terhadap jenama, identiti nasional serta kuasa ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Perang dagangan yang sebelum ini ditentang menerusi dasar semata-mata, kini menyaksikan pilihan itu bukanlah yang utama. \u2018Tentera\u2019 dalam pertempuran digital itu&nbsp;hadir dalam bentuk kandungan yang menjadi pedang dalam&nbsp;memesongkan pendapat awam serta sama kuatnya seperti mana-mana kenyataan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu klip&nbsp;TikTok memaparkan beg jenama mewah AS dengan penanda&nbsp;\u201cMade in China\u201d (Buatan China) pada harga lebih murah daripada yang dijual di AS, mendedahkan realiti sebenar rantaian bekalan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia jelas mencabar kepercayaan mengenai kualiti, patriotik serta asal produk-produk global.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalangan ahli akademik menyifatkan mesej ringkas namun berpengaruh ini sedang menjadi pemacu anjakan asas psikologi membabitkan hubungan dagangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerang dagang (atau mana-mana konflik ekonomi\/geopolitik)&nbsp;pada asasnya adalah kompleks. Emosi sering memandu persepsi dan bukannya kebenaran, dan media sosial boleh memainkan peranan penting dalam menguatkan sentimen ini, yang baik mahupun yang&nbsp;&nbsp;buruk,\u201d kata&nbsp;kata Profesor Madya Pemasaran Digital Fakulti Perniagaan Universiti Nottingham (NUBS) Malaysia Dr Muhammad Hamza Shaha dalam satu temu bual dengan Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>Medan perang persepsi secara halus ini telah mengubah platform seperti TikTok menjadi alat pengaruh yang mungkin dianggap biasa, namun sebaliknya berbisa.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak kiralah secara naratif berkaitan negara atau berasaskan tular,&nbsp;video-video ini telah membentuk cara generasi muda melihat ekonomi sara diri, ketulenan jenama dan globalisasi itu sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perang saraf ini, maklumat menjadi senjata manakala perhatian adalah&nbsp;ganjarannya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Psikologi Penggunaan : Nasionalisme Dalam Troli&nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pertikaian perdagangan berkemungkinan bermula di bilik mesyuarat dan dewan kerajaan, namun kesan rantaiannya sering berlegar dalam minda pengguna harian. Identiti kebangsaan, ketegangan sejarah dan budaya pop semuanya terbukti menyumbang kepada bagaimana kita menilai serta sumber atau asal sesuatu produk.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Muhammad Hamza menjelaskan terdapat gabungan pelbagai faktor yang menyumbang kepada pembentukan persepsi &#8212; daripada isyarat pemasaran dan stereotaip kebangsaan sehinggalah&nbsp;nilai peribadi serta&nbsp;naratif geopolitik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cContohnya, orang ramai cenderung mengaitkan jam tangan dari Switzerland atau barangan kulit dari Itali dengan kualiti manakala barangan dari negara pengeluar kos rendah seperti China atau Vietnam dilihat sebagai kurang berkualiti&nbsp;\u2014 walaupun hakikatnya tidak semestinya begitu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan ini menjadi lebih ketara dalam tempoh ketegangan geopolitik apabila patriotisme menjadi pendorong komersial.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengguna China diketahui pernah memboikot jenama Barat semasa pertikaian diplomatik \u2014 pendekatan yang kadangkala digalakkan oleh China.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Fakulti Politik dan Hubungan Antarabangsa di University of Nottingham Malaysia Dr Benjamin Barton berkata taktik ini telah lama menjadi sebahagian daripada strategi dalaman China.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLazimnya, cara China memanfaatkan sentimen nasionalisme dalam situasi ketegangan perdagangan dan geopolitik ialah dengan menyemarakkan rasa tidak puas hati&nbsp;rakyat China terhadap&nbsp;kehadiran jenama asing yang terlibat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Barton berkata ini telah dapat dilihat selama bertahun-tahun dengan boikot dan bantahan oleh rakyat China terhadap jenama Perancis, Jepun dan Korea Selatan sebagai tindak balas terhadap pelbagai pertikaian dua hala.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cChina menyemarakkan semangat nasionalisme sedemikian untuk kepentingan mereka&nbsp;\u2014 sebahagian besarnya untuk mengalihkan perhatian daripada isu dalaman dan menggalakkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat,\u201d&nbsp;katanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, secara ironi, keadaan berubah. Dalam pentadbiran Trump, tumpuan beralih kepada pengguna AS&nbsp;dengan kempen awam menggesa rakyat untuk &#8220;membeli produk AS&#8221;.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui langkah yang tidak dijangka, China kini dilihat mempengaruhi sentimen di luar sempadan negaranya&nbsp;\u2014 satu perubahan ketara daripada pendekatannya yang bersifat&nbsp;tertutup&nbsp;sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Barton berkata ini kali pertama China berusaha untuk mempengaruhi pengguna AS&nbsp;secara langsung, dan ia memaparkan sesuatu yang&nbsp;ironi apabila melihat&nbsp;bagaimana China melindungi daripada campur tangan asing dalam urusan domestiknya sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun di sebaliknya,&nbsp;kebanyakan barangan yang dibeli oleh pengguna AS &#8212; daripada telefon pintar sehingga beg tangan berjenama &#8212; masih dihasilkan di China. TikTok semakin membongkarkan mengenai&nbsp;percanggahan ini.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TikTok sebagai Alat Pengaruh: Halus, Tular dan Berkuasa<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang membezakan TikTok daripada platform digital terdahulu bukanlah sekadar capaian tetapi impak emosinya. Kandungan di TikTok dihasilkan untuk menjadi tular &#8212;&nbsp;ringkas, berkesan, dan dipilih dengan teliti dan tersusun&nbsp;daripada&nbsp;algoritma yang disesuaikan dengan minat individu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGolongan muda khususnya menghabiskan masa yang tidak seimbang di platform&nbsp;ini, dan pandangan hidup mereka dibentuk dengan sewajarnya. Ia adalah kombinasi&nbsp;yang kukuh &#8212; pengulangan, pengaruh rakan sebaya, dan penglibatan emosi &#8212; kesemuanya berlaku tanpa sedar,\u201d kata Barton.<\/p>\n\n\n\n<p>Di sinilah proses pembentukan minda psikologi bermula. Penonton yang kerap kali terdedah dengan&nbsp;video memaparkan produk Barat dihasilkan di Asia mungkin mula mempersoalkan tanggapan&nbsp;sedia ada mengenai&nbsp;martabat negara, nilai jenama dan kebebasan ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Perubahan ini mungkin berlaku secara perlahan, tetapi ia berkesan &#8212; terutamanya apabila mesej itu bukan&nbsp;daripada kerajaan, sebaliknya daripada pengguna lain yang dilihat boleh dipercayai dan mudah didekati.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun kandungan yang tular itu tidak dibiayai&nbsp;oleh kerajaan,&nbsp;ia boleh&nbsp;mempengaruhi pendirian dari semasa ke semasa. Ini adalah satu bentuk kuasa lembut &#8212;&nbsp;sejenis penyesuaian psikologi yang mengubah semula apa-apa yang dianggap biasa atau benar,\u201d kata Muhammad Hamza.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Apabila Realiti Menjejaskan Kepercayaan&nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Apabila pengguna menyedari bahawa jenama yang mereka kaitkan dengan kebanggaan negara sebenarnya dihasilkan di luar negara, reaksi mereka sering kali bersifat emosi dan bukannya rasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Fenomena psikologi ini dikenali sebagai disonans kognitif &#8212; iaitu&nbsp;perasaan kurang senang&nbsp;yang berlaku apabila mempercayai dua perkara yang bercanggah antara satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi menangani perasaan kurang senang ini, ada yang menganggap remeh maklumat baharu ini&nbsp;atau terus membeli produk yang sama berikutan tabiat atau kesetiaan terhadap jenama. Orang lain pula mungkin sukar menerimanya,&nbsp;lebih-lebih lagi sekiranya&nbsp;mereka kuat berpegang kepada patriotisme ekonomi,\u201d kata Muhammad Hamza.<\/p>\n\n\n\n<p>Di AS, ketegangan ini paling ketara menerusi perdebatan mengenai tarif dan usaha memindahkan kembali operasi perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun sesetengah pihak menyokong pengembalian sepenuhnya pengeluaran dalam negara, kebanyakan pengguna masih enggan membayar harga yang premium bagi barangan buatan AS &#8212; satu percanggahan yang sering diketengahkan oleh kandungan TikTok secara sindiran.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Algoritma dan Persepsi<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pengaruh besar media sosial dalam membentuk persepsi bukan hanya terletak pada kandungannya semata-mata, tetapi juga pada cara ia disampaikan. Algoritma direka untuk memastikan pengguna sentiasa terlibat, sering memuatkan&nbsp;kandungan yang mengukuhkan&nbsp;kepercayaan sedia ada atau mencetuskan reaksi emosi yang kuat \u2014 sama ada kemarahan, kebanggaan atau rasa tidak percaya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Algoritma tidak neutral. Ia dicipta oleh manusia, dan mencerminkan berat sebelah &#8211; kadang-kadang disengajakan, kadang-kadang tidak disengajakan. Dalam konteks geopolitik, ini bermakna platform akhirnya boleh menolak naratif yang memihak kepada satu negara berbanding negara lain,&#8221; kata Barton.<\/p>\n\n\n\n<p>Dinamik ini telah menimbulkan&nbsp;kebimbangan sama ada platform seperti TikTok &#8211; yang dimiliki oleh syarikat teknologi China ByteDance &#8211;&nbsp;mungkin secara halus memihak kepada naratif yang memberi manfaat kepada kedudukan global China. Pada masa yang sama, platform yang berpangkalan di AS telah dituduh mempunyai kecenderungan yang sama, terutamanya di bawah kepimpinan berunsur politik.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Masa Depan Pengaruh: Apakah Langkah Seterusnya<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Jika media sosial sudahpun menguasai&nbsp;perbualan global mengenai perdagangan, persoalannya sekarang adalah&nbsp;bagaimana kerajaan dan syarikat akan memberi respons. Peraturan masih tidak sekata&nbsp;dan perlahan untuk mengejar kepesatan teknologi, dan pakar-pakar mengatakan ketidakseimbangan hanya akan terus meningkat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Teknologi menguasai&nbsp;dan mempunyai pengaruh yang amat&nbsp;besar. Ia beroperasi dalam situasi kawal selia yang tidak jelas&nbsp;&#8211; sama seperti sektor kewangan sebelum krisis 2008. Melainkan adanya keazaman&nbsp;politik dan kerjasama antarabangsa, kita&nbsp;barangkali tidak akan dapat melihat pembaharuan ketara&nbsp;dalam masa terdekat ini,&#8221; kata Barton.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, katanya, pertahanan terbaik terhadap manipulasi psikologi kemungkinan adalah pendidikan yang melengkapkan pengguna untuk menilai secara kritis maklumat yang mereka gunakan, mempersoalkan motivasi di sebalik kandungan yang mereka lihat dan mempelbagaikan pergantungan sumber.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Normal Baharu dalam Naratif Perang Perdagangan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Naratif persaingan AS-China kini bukan lagi tentang keluli, semikonduktor, atau sekatan. Ia tentang persepsi. Medan tempur kini&nbsp;telah beralih ke dalam talian di&nbsp;platform seperti TikTok dalam masa nyata.<\/p>\n\n\n\n<p>Barton berkata media sosial telah menjadi instrumen&nbsp;konsisten&nbsp;dalam konflik perdagangan dan pertikaian geopolitik &#8211; mempengaruhi minda dan&nbsp;khalayak kini hampir sama pentingnya dengan membentuk sifat nyata hubungan antara negara, syarikat dan tentera, terutamanya dalam era yang dikuasai&nbsp;media sosial.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita hanya perlu melihat konflik sedia ada seperti&nbsp;Ukraine, Gaza &#8211; untuk melihat bagaimana media sosial memainkan peranan penting dalam membentuk atau membongkar naratif, memperkasa atau melemahkan individu, dan menarik khalayak asing memahami&nbsp;perkembangan setempat atau serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita&nbsp;sudahpun melepasi peringkat itu sekarang, dan melihat pada keadaan ini, kita&nbsp;tidak akan kembali lagi ke zaman ketika media sosial hanya digunakan sebagai cara untuk menghubungkan pengguna dalam talian,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 23 April &#8212; Bahang ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang melangkaui dimensi ekonomi tradisional turut menyaksikan kemunculan medan tempur baharu yang bukan bersenjatakan tarif atau lebihan dagangan sebaliknya menerusi algoritma serta video-video tular. Di platform media sosial seperti TikTok, arena digital dalam permusuhan AS-China secara senyap-senyap mendedahkan dan membentuk bagaimana persepsi pengguna [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":703,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16,35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-12549","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-bisnes","8":"category-berita-dunia"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Perang Saraf Dagangan : TikTok Medan Propaganda Baharu Pertikaian AS-China - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Perang Saraf Dagangan : TikTok Medan Propaganda Baharu Pertikaian AS-China - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 23 April &#8212; Bahang ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang melangkaui dimensi ekonomi tradisional turut menyaksikan kemunculan medan tempur baharu yang bukan bersenjatakan tarif atau lebihan dagangan sebaliknya menerusi algoritma serta video-video tular. Di platform media sosial seperti TikTok, arena digital dalam permusuhan AS-China secara senyap-senyap mendedahkan dan membentuk bagaimana persepsi pengguna [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-04-23T02:50:04+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2025-04-23T02:50:06+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/TikTok-Jump.webp\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"970\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"545\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/webp\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"7 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/\",\"name\":\"Perang Saraf Dagangan : TikTok Medan Propaganda Baharu Pertikaian AS-China - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/TikTok-Jump.webp\",\"datePublished\":\"2025-04-23T02:50:04+00:00\",\"dateModified\":\"2025-04-23T02:50:06+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/TikTok-Jump.webp\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/TikTok-Jump.webp\",\"width\":970,\"height\":545},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Perang Saraf Dagangan : TikTok Medan Propaganda Baharu Pertikaian AS-China\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Perang Saraf Dagangan : TikTok Medan Propaganda Baharu Pertikaian AS-China - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Perang Saraf Dagangan : TikTok Medan Propaganda Baharu Pertikaian AS-China - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 23 April &#8212; Bahang ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang melangkaui dimensi ekonomi tradisional turut menyaksikan kemunculan medan tempur baharu yang bukan bersenjatakan tarif atau lebihan dagangan sebaliknya menerusi algoritma serta video-video tular. Di platform media sosial seperti TikTok, arena digital dalam permusuhan AS-China secara senyap-senyap mendedahkan dan membentuk bagaimana persepsi pengguna [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2025-04-23T02:50:04+00:00","article_modified_time":"2025-04-23T02:50:06+00:00","og_image":[{"width":970,"height":545,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/TikTok-Jump.webp","type":"image\/webp"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"7 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/","name":"Perang Saraf Dagangan : TikTok Medan Propaganda Baharu Pertikaian AS-China - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/TikTok-Jump.webp","datePublished":"2025-04-23T02:50:04+00:00","dateModified":"2025-04-23T02:50:06+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/TikTok-Jump.webp","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/TikTok-Jump.webp","width":970,"height":545},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/perang-saraf-dagangan-tiktok-medan-propaganda-baharu-pertikaian-as-china\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Perang Saraf Dagangan : TikTok Medan Propaganda Baharu Pertikaian AS-China"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12549","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12549"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12549\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12567,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12549\/revisions\/12567"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/703"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12549"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12549"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12549"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}