{"id":130653,"date":"2026-04-04T09:57:22","date_gmt":"2026-04-04T01:57:22","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=130653"},"modified":"2026-04-04T09:57:23","modified_gmt":"2026-04-04T01:57:23","slug":"sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/","title":{"rendered":"Sektor Minyak Sawit Malaysia Dalam Kedudukan Menguntungkan Di Sebalik Konflik Asia Barat"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 3 April &#8212;\u00a0Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat menguntungkan sebagai salah satu pengeksport utama minyak sawit dunia, terus membekalkan minyak boleh dimakan kepada negara yang sedang bergelut dengan kenaikan harga makanan dan gangguan bekalan baja akibat penutupan Selat Hormuz.<\/p>\n\n\n\n<p>Julian McGill, Pengarah Urusan Glenauk Economics, firma perundingan ekonomi&nbsp;berpangkalan di UK&nbsp;berkata ini disebabkan pengeluaran minyak sawit kurang terjejas oleh gangguan bekalan baja akibat konflik yang berterusan di Asia Barat.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata kelapa sawit, tanaman paling penting di Malaysia meliputi kira-kira 75 peratus daripada keluasan tanaman negara dan mempunyai beberapa ciri yang meletakkan sektor itu&nbsp;pada kedudukan yang lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menjelaskan&nbsp;tanaman makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sangat bergantung kepada baja yang berasaskan nitrogen, yang mana rantau Teluk menghasilkan antara satu perempat hingga satu pertiga daripada bekalan global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDisebabkan gangguan (daripada konflik), harga telah melonjak dengan mendadak. Kesan kedua ialah negara-negara seperti China dan Rusia mengehadkan eksport mereka,\u201d katanya dalam program Bernama World bertajuk \u2018The Impact of the West Asia Conflict on Global Agriculture\u2019 yang dihoskan oleh Melissa Ong.<\/p>\n\n\n\n<p>McGill berkata kelapa sawit, walaupun menggunakan baja dalam jumlah yang besar, ia banyak menggunakan baja potash&nbsp;dan bukannya baja berasaskan nitrogen.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menambah ramai pengeluar besar cenderung untuk membeli baja lebih awal, dengan sehingga 60\u201370 peratus daripada jumlah yang diperlukan telah berada dalam gudang mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita perlu lihat sama ada pembekal baja akan menepati kontrak walaupun berlakunya ketidaktentuan harga, tetapi pada hakikatnya, mereka&nbsp;(pengeluar besar kelapa sawit) sudah membelinya lebih awal,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>McGill berkata walaupun berlakunya pengurangan dalam bekalan baja pada hari ini, tetapi ia akan mengambil masa yang agak lama&nbsp;sehingga dua tahun&nbsp;untuk memberi kesan kepada pengeluaran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMinyak sawit boleh terus berkembang dengan baik, walaupun (konflik) ini menimbulkan masalah besar dalam merancang dan membuat keputusan. Kita tidak akan melihat kejatuhan serta-merta dalam pengeluaran minyak sawit,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Memandangkan gangguan bekalan dan tempoh ketegangan serta kebimbangan yang meningkat terhadap pertanian dan pengeluaran makanan secara global, McGill berkata Malaysia juga berada dalam kedudukan yang baik untuk mengeksport minyak boleh dimakan dalam jumlah yang sangat besar, sekali gus meningkatkan pendapatan eksportnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih baik secara strategi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, McGill berkata pada waktu&nbsp;krisis dan kenaikan harga tenaga serta minyak mentah, komoditi itu penting sebagai pengganti diesel, sama seperti apa yang dilakukan oleh Indonesia.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun lebih sukar untuk menghasilkan biobahan api di Malaysia disebabkan harga minyak sawit yang lebih tinggi dan&nbsp;kekurangan infrastruktur, secara teorinya, ia boleh menggantikan diesel.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagaimanapun, ia merupakan tanaman yang strategik untuk dimiliki,\u201d tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Impak global ke atas pertanian<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Menyentuh kesan konflik Asia Barat ke atas gangguan bekalan makanan dan baja untuk pertanian global, McGill berkata kesannya masih belum dapat dilihat, tetapi keadaan semasa adalah &#8220;sangat tegang, dan orang ramai mengambil sikap tunggu dan lihat&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAlasan mengapa ia masih belum serius kerana perkara pertama, rantau Teluk bukanlah kawasan pengeluar makanan utama. Jadi, tidak seperti dalam situasi krisis sebelum ini&nbsp;seperti pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, kita masih belum melihat sebarang kesan segera.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, kita baru sahaja melalui tempoh pengeluaran hasil tanaman yang sangat banyak dan mencatat rekod,\u201d kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>McGill juga berkata sektor pertanian bergerak jauh lebih perlahan berbanding industri lain.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dalam pertanian, kita perlu mengikut cara alam semula jadi, penanaman mengikut musim; kita menanam dan menunggu, dan oleh itu ia adalah industri yang memberi ganjaran kepada kesabaran, tetapi ia juga merupakan industri di mana kita tidak melihat kesan dengan segera.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak seperti kilang di mana jika anda kehabisan bahan input, operasi akan berhenti serta-merta. Apa yang kita lihat sekarang adalah&nbsp;kebimbangan mengenai hasil tuaian seterusnya, iaitu enam bulan dari sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita belum melihat krisis lagi, tetapi keadaannya sangat tegang&nbsp;dan kita&nbsp;sedang memantau situasi dengan teliti, seperti mana orang lain,\u201d tambah beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 3 April &#8212;\u00a0Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat menguntungkan sebagai salah satu pengeksport utama minyak sawit dunia, terus membekalkan minyak boleh dimakan kepada negara yang sedang bergelut dengan kenaikan harga makanan dan gangguan bekalan baja akibat penutupan Selat Hormuz. Julian McGill, Pengarah Urusan Glenauk Economics, firma perundingan ekonomi&nbsp;berpangkalan di UK&nbsp;berkata ini disebabkan pengeluaran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":21148,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":{"0":"post-130653","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-bisnes"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Sektor Minyak Sawit Malaysia Dalam Kedudukan Menguntungkan Di Sebalik Konflik Asia Barat - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Sektor Minyak Sawit Malaysia Dalam Kedudukan Menguntungkan Di Sebalik Konflik Asia Barat - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 3 April &#8212;\u00a0Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat menguntungkan sebagai salah satu pengeksport utama minyak sawit dunia, terus membekalkan minyak boleh dimakan kepada negara yang sedang bergelut dengan kenaikan harga makanan dan gangguan bekalan baja akibat penutupan Selat Hormuz. Julian McGill, Pengarah Urusan Glenauk Economics, firma perundingan ekonomi&nbsp;berpangkalan di UK&nbsp;berkata ini disebabkan pengeluaran [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-04-04T01:57:22+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2026-04-04T01:57:23+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/indonesia-sawit.jpeg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1200\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"800\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"3 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/\",\"name\":\"Sektor Minyak Sawit Malaysia Dalam Kedudukan Menguntungkan Di Sebalik Konflik Asia Barat - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/indonesia-sawit.jpeg\",\"datePublished\":\"2026-04-04T01:57:22+00:00\",\"dateModified\":\"2026-04-04T01:57:23+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/indonesia-sawit.jpeg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/indonesia-sawit.jpeg\",\"width\":1200,\"height\":800},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Sektor Minyak Sawit Malaysia Dalam Kedudukan Menguntungkan Di Sebalik Konflik Asia Barat\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Sektor Minyak Sawit Malaysia Dalam Kedudukan Menguntungkan Di Sebalik Konflik Asia Barat - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Sektor Minyak Sawit Malaysia Dalam Kedudukan Menguntungkan Di Sebalik Konflik Asia Barat - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 3 April &#8212;\u00a0Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat menguntungkan sebagai salah satu pengeksport utama minyak sawit dunia, terus membekalkan minyak boleh dimakan kepada negara yang sedang bergelut dengan kenaikan harga makanan dan gangguan bekalan baja akibat penutupan Selat Hormuz. Julian McGill, Pengarah Urusan Glenauk Economics, firma perundingan ekonomi&nbsp;berpangkalan di UK&nbsp;berkata ini disebabkan pengeluaran [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2026-04-04T01:57:22+00:00","article_modified_time":"2026-04-04T01:57:23+00:00","og_image":[{"width":1200,"height":800,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/indonesia-sawit.jpeg","type":"image\/jpeg"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"3 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/","name":"Sektor Minyak Sawit Malaysia Dalam Kedudukan Menguntungkan Di Sebalik Konflik Asia Barat - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/indonesia-sawit.jpeg","datePublished":"2026-04-04T01:57:22+00:00","dateModified":"2026-04-04T01:57:23+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/indonesia-sawit.jpeg","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/indonesia-sawit.jpeg","width":1200,"height":800},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/sektor-minyak-sawit-malaysia-dalam-kedudukan-menguntungkan-di-sebalik-konflik-asia-barat\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Sektor Minyak Sawit Malaysia Dalam Kedudukan Menguntungkan Di Sebalik Konflik Asia Barat"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/130653","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=130653"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/130653\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":130654,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/130653\/revisions\/130654"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21148"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=130653"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=130653"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=130653"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}