{"id":134794,"date":"2026-04-15T20:08:05","date_gmt":"2026-04-15T12:08:05","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=134794"},"modified":"2026-04-15T20:08:06","modified_gmt":"2026-04-15T12:08:06","slug":"pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/","title":{"rendered":"Pasar Terapung Khlong Hae Kembali Rancak Susulan Kehadiran Pelancong Malaysia"},"content":{"rendered":"\n<p>SONGKHLA, 15 April &#8212; Suasana\u00a0lengang bersama selut\u00a0yang meliputi\u00a0Pasar Terapung Khlong Hae akibat banjir besar yang melanda wilayah ini tahun lepas, kini bertukar\u00a0dengan aroma masakan segar dan hiruk-piruk tawar-menawar, menandakan \u00a0kawasan tumpuan pelancong yang menjadi sumber ekonomi setempat itu bernafas kembali.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun di sebalik kemeriahan itu, tersimpan kisah kedukaan dan ketabahan para peniaga yang kehilangan segala-galanya apabila banjir besar melanda pada November tahun lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Peniaga makanan tradisional, Abdul Rahman Ismail, 52, masih ingat dengan jelas bagaimana air bah naik secara mendadak tanpa amaran, menenggelamkan bot serta merosakkan peralatan memasak dan bahan mentah miliknya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAir naik terlalu cepat, kami tidak sempat selamatkan apa-apa. Hampir semua barang rosak dan kami terpaksa menutup perniagaan untuk tempoh yang agak lama,\u201d katanya kepada Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata&nbsp;kejadian itu menyebabkan punca pendapatannya terputus buat seketika, selain terpaksa menanggung kos membaik pulih bot serta menggantikan peralatan yang rosak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTempoh itu adalah saat paling mencabar buat saya sepanjang lebih sedekad berniaga di pasar ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengalaman pahit itu turut dikongsi peniaga minuman, Siti Mariam Yusof, 45, yang hampir berputus asa selepas mengalami kerugian besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, beberapa hari selepas banjir surut, kawasan pasar masih diselaputi lumpur dan sisa runtuhan, sekali gus menyukarkan usaha pembersihan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, semangat untuk bangkit mendorong beliau dan peniaga lain bekerjasama membersihkan pasar serta membaiki kemudahan yang rosak.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha pemulihan itu dilakukan secara berperingkat dengan sokongan komuniti setempat yang turut tampil membantu memulihkan kawasan perniagaan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Siti Mariam berkata, kerjasama erat dalam kalangan peniaga menjadi faktor utama yang mempercepatkan proses pemulihan pasar berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun letih, kami saling membantu. Sedikit demi sedikit, pasar ini kembali seperti sedia kala,\u201d katanya sambil menambah bahawa usaha pemulihan masih diteruskan sehingga kini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pasar terapung yang terletak hanya 4.4 kilometer dari pusat bandar Hat Yai itu telah dibuka semula kepada pengunjung sejak pertengahan Januari lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini, ia kembali meriah dengan kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa, terutamanya dari Malaysia yang mula membanjiri kawasan itu baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tinjauan Bernama mendapati pelancong dari Malaysia, khususnya dari Kelantan, Kedah, dan Perlis, merupakan antara kumpulan terbesar yang mengunjungi pasar berkenaan, sekali gus memainkan peranan penting dalam membantu merancakkan semula ekonomi setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Deretan bot kini kembali dipenuhi dengan pelbagai juadah tradisional Thailand seperti tom yam, pulut mangga, dan makanan laut segar yang menjadi daya tarikan utama pelancong.<\/p>\n\n\n\n<p>Suasana meriah&nbsp;turut dirasai apabila pengunjung, termasuk rakyat Malaysia, membanjiri laluan pejalan kaki di sekitar pasar sambil menikmati pengalaman unik membeli-belah di atas air.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang pelancong dari Kelantan, Nurul Hidayah Mohd Salleh, 30, berkata beliau teruja melihat pasar itu pulih selepas sebelum ini hanya melihat kesan kemusnahan banjir menerusi media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya datang bersama keluarga dan perubahannya sangat ketara. Peniaga sangat mesra dan pilihan makanannya juga amat menarik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi pelancong dari Kedah, Muhammad Firdaus Hassan, 34, berkata kunjungan ke pasar terapung itu merupakan aktiviti \u201cwajib\u201d setiap kali beliau berkunjung ke Hatyai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKali ini suasananya lebih meriah daripada sebelum ini. Kami gembira dapat menyokong peniaga di sini selepas apa yang mereka lalui,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran&nbsp;pelancong Malaysia dilihat memberi sinar harapan baharu kepada peniaga di Pasar Terapung Khlong Hae.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi para peniaga, kebangkitan semula pasar ini bukan sekadar pemulihan perniagaan, malah merupakan simbol ketabahan komuniti dalam mengharungi cabaran demi kelangsungan hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>Bencana banjir &nbsp;yang dianggap terburuk dalam tempoh 20 tahun, dilaporkan telah meragut lebih 100 nyawa serta menjejaskan hampir 360,000 penduduk di 48 daerah di seluruh wilayah selatan Thailand.<br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SONGKHLA, 15 April &#8212; Suasana\u00a0lengang bersama selut\u00a0yang meliputi\u00a0Pasar Terapung Khlong Hae akibat banjir besar yang melanda wilayah ini tahun lepas, kini bertukar\u00a0dengan aroma masakan segar dan hiruk-piruk tawar-menawar, menandakan \u00a0kawasan tumpuan pelancong yang menjadi sumber ekonomi setempat itu bernafas kembali. Namun di sebalik kemeriahan itu, tersimpan kisah kedukaan dan ketabahan para peniaga yang kehilangan segala-galanya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":134795,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-134794","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-dunia"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Pasar Terapung Khlong Hae Kembali Rancak Susulan Kehadiran Pelancong Malaysia - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Pasar Terapung Khlong Hae Kembali Rancak Susulan Kehadiran Pelancong Malaysia - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"SONGKHLA, 15 April &#8212; Suasana\u00a0lengang bersama selut\u00a0yang meliputi\u00a0Pasar Terapung Khlong Hae akibat banjir besar yang melanda wilayah ini tahun lepas, kini bertukar\u00a0dengan aroma masakan segar dan hiruk-piruk tawar-menawar, menandakan \u00a0kawasan tumpuan pelancong yang menjadi sumber ekonomi setempat itu bernafas kembali. Namun di sebalik kemeriahan itu, tersimpan kisah kedukaan dan ketabahan para peniaga yang kehilangan segala-galanya [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-04-15T12:08:05+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2026-04-15T12:08:06+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/TB_PASAR-TERAPUNG-KHLONG-HAE_BERNAMA.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1280\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"720\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"3 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/\",\"name\":\"Pasar Terapung Khlong Hae Kembali Rancak Susulan Kehadiran Pelancong Malaysia - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/TB_PASAR-TERAPUNG-KHLONG-HAE_BERNAMA.jpg\",\"datePublished\":\"2026-04-15T12:08:05+00:00\",\"dateModified\":\"2026-04-15T12:08:06+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/TB_PASAR-TERAPUNG-KHLONG-HAE_BERNAMA.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/TB_PASAR-TERAPUNG-KHLONG-HAE_BERNAMA.jpg\",\"width\":1280,\"height\":720},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Pasar Terapung Khlong Hae Kembali Rancak Susulan Kehadiran Pelancong Malaysia\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Pasar Terapung Khlong Hae Kembali Rancak Susulan Kehadiran Pelancong Malaysia - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Pasar Terapung Khlong Hae Kembali Rancak Susulan Kehadiran Pelancong Malaysia - MCI Group","og_description":"SONGKHLA, 15 April &#8212; Suasana\u00a0lengang bersama selut\u00a0yang meliputi\u00a0Pasar Terapung Khlong Hae akibat banjir besar yang melanda wilayah ini tahun lepas, kini bertukar\u00a0dengan aroma masakan segar dan hiruk-piruk tawar-menawar, menandakan \u00a0kawasan tumpuan pelancong yang menjadi sumber ekonomi setempat itu bernafas kembali. Namun di sebalik kemeriahan itu, tersimpan kisah kedukaan dan ketabahan para peniaga yang kehilangan segala-galanya [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2026-04-15T12:08:05+00:00","article_modified_time":"2026-04-15T12:08:06+00:00","og_image":[{"width":1280,"height":720,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/TB_PASAR-TERAPUNG-KHLONG-HAE_BERNAMA.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"3 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/","name":"Pasar Terapung Khlong Hae Kembali Rancak Susulan Kehadiran Pelancong Malaysia - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/TB_PASAR-TERAPUNG-KHLONG-HAE_BERNAMA.jpg","datePublished":"2026-04-15T12:08:05+00:00","dateModified":"2026-04-15T12:08:06+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/TB_PASAR-TERAPUNG-KHLONG-HAE_BERNAMA.jpg","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/TB_PASAR-TERAPUNG-KHLONG-HAE_BERNAMA.jpg","width":1280,"height":720},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pasar-terapung-khlong-hae-kembali-rancak-susulan-kehadiran-pelancong-malaysia\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Pasar Terapung Khlong Hae Kembali Rancak Susulan Kehadiran Pelancong Malaysia"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/134794","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=134794"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/134794\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":134798,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/134794\/revisions\/134798"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/134795"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=134794"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=134794"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=134794"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}