{"id":143194,"date":"2026-05-07T12:21:03","date_gmt":"2026-05-07T04:21:03","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=143194"},"modified":"2026-05-07T12:21:04","modified_gmt":"2026-05-07T04:21:04","slug":"pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/","title":{"rendered":"Pengajian Bahasa Melayu Terus Berkembang Pesat Di China"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 7 Mei &#8212; Dalam situasi landskap geopolitik dan ekonomi global yang semakin beralih ke Asia, bahasa Melayu turut memperlihatkan peranan strategiknya sebagai bahasa serantau apabila semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan tinggi di China.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkembangan itu terserlah apabila sekurang-kurangnya 17 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara berkenaan kini menawarkan kursus berkaitan bahasa Melayu, termasuk program ijazah penuh, sekali gus mencerminkan peningkatan minat terhadap bahasa dan tamadun dunia Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Profesor Dr Awang Sariyan berkata daripada jumlah itu, 13 universiti menawarkan program ijazah bahasa Melayu selama empat tahun, yang merangkumi pelbagai aspek yang setara dengan program di universiti tempatan seperti Universiti Malaya dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerkembangan ini amat membanggakan kerana pengajian bahasa Melayu di China tidak hanya tertumpu kepada linguistik semata-mata, tetapi merangkumi keseluruhan aspek tamadun seperti&nbsp;sastera, budaya, sejarah, media dan sosioekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendekatan komprehensif itu turut melibatkan latihan analisis terhadap isu semasa di Malaysia termasuk kandungan media tempatan, sekali gus membantu pelajar memahami konteks sebenar masyarakat Melayu dan negara ini,\u201d katanya kepada Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China di Beijing Foreign Studies University (BFSU) itu berkata selain program ijazah,&nbsp;terdapat dua IPT menawarkan diploma bahasa Melayu selama tiga tahun, manakala beberapa universiti lain menyediakan kursus bahasa berkenaan bagi tujuan hubungan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata perkembangan itu turut melangkaui IPT apabila maktab perguruan serta sekolah menengah di selatan China mula menawarkan bahasa Melayu sebagai subjek elektif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam tempoh kurang daripada sedekad, perkembangan ini sangat ketara. Ketika saya mula ke China, hanya tiga universiti menawarkan program ijazah bahasa Melayu, namun kini jumlahnya meningkat dengan pesat,\u201d katanya yang pernah menyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China pada 2008 hingga 2011 dan 2016 hingga 2018.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Profesor Emeritus Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata&nbsp;peningkatan berkenaan didorong kerjasama erat antara Malaysia dan China, termasuk peranan institusi pendidikan serta jaringan akademik yang aktif mempromosikan pengajian Melayu di negara berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Universiti di China juga menunjukkan komitmen tinggi dengan mewajibkan kehadiran sekurang-kurangnya seorang pensyarah penutur jati bahasa Melayu dari Malaysia bagi memastikan ketepatan bahasa serta kefahaman budaya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka sanggup melabur kerana melihat pulangan jangka panjang, termasuk melahirkan tenaga profesional seperti penterjemah, jurubahasa dan eksekutif yang mampu menghubungkan urusan antara syarikat China dan agensi di Malaysia,\u201d katanya yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM.<\/p>\n\n\n\n<p>Awang berkata pendekatan China yang menjadikan bahasa sebagai \u201cjendela untuk mengenali dunia\u201d membolehkan pelajar bukan sahaja menguasai bahasa, malah memahami ekonomi, sejarah dan sistem sosial negara yang dipelajari.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengarah Pusat Pengajian Melayu China di BFSU Prof Dr Su Ying Ying berkata minat pelajar China terhadap bahasa Melayu didorong persepsi positif terhadap Malaysia sebagai negara yang aman serta mempunyai hubungan baik dengan China.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada pandangan masyarakat China, Malaysia itu aman, cantik, makanannya sedap dan rakyatnya mesra serta mudah berkawan dengan orang China, jadi bahasa Melayu menjadi antara pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Su berkata kebanyakan pelajar mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik dalam tempoh kira-kira dua tahun walaupun tanpa asas awal sebelum memasuki universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam tempoh dua tahun pertama, pelajar didedahkan kepada kemahiran asas seperti bertutur, mendengar, menulis dan menterjemah sebelum meneruskan pengajian kepada aspek lebih mendalam termasuk sastera Melayu, sejarah Malaysia, sistem politik dan hubungan kaum.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPelajar bukan sahaja belajar bahasa, tetapi perlu memahami Malaysia secara menyeluruh kerana bahasa berkait rapat dengan budaya dan masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga&nbsp;mesra disapa Suria berkata ketika ini dianggarkan antara 500 hingga 530 pelajar sedang mengikuti pengajian bahasa Melayu di seluruh China dengan lebih 50 tenaga pengajar terlibat dalam bidang itu.<\/p>\n\n\n\n<p>BFSU antara institusi terawal memperkenalkan pengajian bahasa Melayu di China dan kini menjadi pusat rujukan utama dalam pembangunan bidang berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProspek kerjaya yang luas turut menjadi faktor peningkatan minat pelajar, khususnya susulan hubungan ekonomi yang semakin kukuh antara China dan Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBanyak syarikat China membuka operasi di Malaysia dan memerlukan tenaga kerja yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Walaupun bahasa Inggeris boleh digunakan, penguasaan bahasa Melayu memberikan kelebihan yang lebih besar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata&nbsp;peluang pekerjaan dalam bidang berkaitan bahasa itu kini semakin meluas, khususnya dalam sektor korporat, perdagangan dan hubungan antarabangsa.<br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 7 Mei &#8212; Dalam situasi landskap geopolitik dan ekonomi global yang semakin beralih ke Asia, bahasa Melayu turut memperlihatkan peranan strategiknya sebagai bahasa serantau apabila semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan tinggi di China. Perkembangan itu terserlah apabila sekurang-kurangnya 17 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara berkenaan kini menawarkan kursus berkaitan bahasa Melayu, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":143195,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[29],"tags":[],"class_list":{"0":"post-143194","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-pilihan-editor"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Pengajian Bahasa Melayu Terus Berkembang Pesat Di China - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Pengajian Bahasa Melayu Terus Berkembang Pesat Di China - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 7 Mei &#8212; Dalam situasi landskap geopolitik dan ekonomi global yang semakin beralih ke Asia, bahasa Melayu turut memperlihatkan peranan strategiknya sebagai bahasa serantau apabila semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan tinggi di China. Perkembangan itu terserlah apabila sekurang-kurangnya 17 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara berkenaan kini menawarkan kursus berkaitan bahasa Melayu, [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-05-07T04:21:03+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2026-05-07T04:21:04+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/awg_PG090318FD001_1650542486.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"960\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"645\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"4 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/\",\"name\":\"Pengajian Bahasa Melayu Terus Berkembang Pesat Di China - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/awg_PG090318FD001_1650542486.jpg\",\"datePublished\":\"2026-05-07T04:21:03+00:00\",\"dateModified\":\"2026-05-07T04:21:04+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/awg_PG090318FD001_1650542486.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/awg_PG090318FD001_1650542486.jpg\",\"width\":960,\"height\":645},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Pengajian Bahasa Melayu Terus Berkembang Pesat Di China\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Pengajian Bahasa Melayu Terus Berkembang Pesat Di China - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Pengajian Bahasa Melayu Terus Berkembang Pesat Di China - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 7 Mei &#8212; Dalam situasi landskap geopolitik dan ekonomi global yang semakin beralih ke Asia, bahasa Melayu turut memperlihatkan peranan strategiknya sebagai bahasa serantau apabila semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan tinggi di China. Perkembangan itu terserlah apabila sekurang-kurangnya 17 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara berkenaan kini menawarkan kursus berkaitan bahasa Melayu, [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2026-05-07T04:21:03+00:00","article_modified_time":"2026-05-07T04:21:04+00:00","og_image":[{"width":960,"height":645,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/awg_PG090318FD001_1650542486.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"4 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/","name":"Pengajian Bahasa Melayu Terus Berkembang Pesat Di China - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/awg_PG090318FD001_1650542486.jpg","datePublished":"2026-05-07T04:21:03+00:00","dateModified":"2026-05-07T04:21:04+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/awg_PG090318FD001_1650542486.jpg","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/awg_PG090318FD001_1650542486.jpg","width":960,"height":645},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/pengajian-bahasa-melayu-terus-berkembang-pesat-di-china\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Pengajian Bahasa Melayu Terus Berkembang Pesat Di China"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/143194","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=143194"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/143194\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":143198,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/143194\/revisions\/143198"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/143195"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=143194"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=143194"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=143194"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}