{"id":14565,"date":"2025-04-29T10:57:08","date_gmt":"2025-04-29T02:57:08","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=14565"},"modified":"2025-04-29T10:57:10","modified_gmt":"2025-04-29T02:57:10","slug":"malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/","title":{"rendered":"Malaysia Bawa Cadangan Pewujudan Majlis Halal ASEAN"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 28 April &#8212; Malaysia bercadang mewujudkan Majlis Halal ASEAN dan cadangan itu akan dibawa ke peringkat Sekretariat ASEAN untuk dimuktamadkan secara rasmi bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam industri halal serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>Pewujudan majlis halal itu juga akan memudahkan kemasukan produk halal di antara dua negara selain meningkatkan perdagangan intra-ASEAN yang kini masih belum mencapai potensi sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Halal Development Corporation (HDC) Khairul Azwan Harun berkata cadangan pewujudan Majlis Halal ASEAN dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menghadiri sesi meja bulat industri halal Malaysia-Indonesia di Jakarta dan juga pertemuan beliau dengan Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka pada 22 April 2025 lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan ucaptama di sesi meja bulat berkenaan yang turut di hadiri oleh Ketua Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Indonesia Ahmad Haikal Hassan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMajlis Halal ASEAN ini akan menjadi platform untuk memperkemas perdagangan pengembangan pasaran serta pengharmonian penggunaan logo halal, selain bakal memanfaatkan pasaran serantau yang mencecah hampir 700 juta penduduk,\u201d katanya kepada Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>Semasa persidangan tersebut, kedua-dua negara turut bercadang memudahkan kemasukan produk halal dengan pengiktirafan timbal balik sijil halal Malaysia dan Indonesia tanpa perlu melalui sebarang prosedur dan saringan tambahan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLangkah ini bukan hanya menjimatkan kos dan masa, malah dijangka memberi lonjakan kepada dagangan dua hala antara Malaysia dan Indonesia, khususnya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mahu menembusi pasaran negara jiran yang memiliki lebih 240 juta penduduk Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProduk Malaysia yang mempunyai sijil halal yang di kawal selia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh terus dipasarkan di Indonesia, begitu juga sebaliknya. Ini merupakan satu \u2018game changer\u2019 yang akan meningkatkan nilai eksport produk halal kita dengan kadar segera,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Khairul Azwan, Malaysia dan Indonesia turut sepakat untuk mempelopori usaha meningkatkan perdagangan intra-ASEAN khususnya bagi produk halal, bagi memanfaatkan potensi pasaran halal serantau yang kini mencecah AS$1.3 trilion.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia dan Indonesia berperanan sebagai pemangkin kepada usaha ini kerana kedua-duanya merupakan ekonomi Islam terbesar di rantau ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUsaha memperkukuh dagangan halal antara negara ASEAN akan meletakkan ASEAN sebagai blok ekonomi halal yang berdaya saing,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Khairul Azwan memberitahu, ketiga-tiga hasil strategik itu selari dengan kerangka Diplomasi Halal yang digariskan oleh kerajaan melalui HDC untuk memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju industri halal global.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya lagi, pelaksanaan tiga inisiatif utama ini akan diperhalusi dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) pada 29 Mei ini, yang akan dipengerusikan oleh Ahmad Zahid sebelum dimuktamadkan oleh Sekretariat ASEAN secara rasmi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Diplomasi Halal<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Khairul Azwan, konsep diplomasi halal yang diterajui Ahmad Zahid memberi tumpuan kepada perkongsian kepakaran Malaysia membangunkan ekosistem halal bersama negara-negara sahabat, khususnya di ASEAN.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya Malaysia menerusi HDC mengambil pendekatan proaktif memperluas pengaruh industri halal ke pasaran bukan tradisional seperti Afrika Utara, Asia Tengah dan Asia Barat melalui strategi yang dinamakan \u2018Diplomasi Halal\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tidak boleh bergerak bersendirian. Malaysia dan Indonesia perlu bekerjasama sebagai satu entiti halal ASEAN untuk memenuhi permintaan pasaran global halal yang kini hanya mampu dipenuhi 20 peratus oleh semua negara pengeluar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHDC juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia untuk mempercepatkan padanan perniagaan antara pemain industri halal Malaysia dan Indonesia \u2014 termasuk dalam bidang logistik halal, farmaseutikal serta pembangunan Halal Park,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia menyasarkan nilai eksport halal melebihi RM260 bilion menjelang 2030 dalam Pelan Induk Industri Halal (HIMP 2030), menerusi promosi enam sektor utama \u2014 makanan dan minuman, bahan ramuan, logistik, kosmetik dan nutraseutikal, peranti perubatan serta farmaseutikal.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Transformasi Digital Halal<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Khairul Azwan berkata pemain industri diseru untuk lebih agresif dalam merealisasikan transformasi digital sistem halal, termasuk aspek pensijilan dan standard, bagi memastikan Malaysia terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam ekosistem halal global.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya transformasi ini dilihat penting dalam memperkukuh kecekapan dan ketelusan rantaian bekalan halal, seiring dengan perkembangan teknologi serta keperluan pasaran yang semakin canggih.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan berasaskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) turut dianggap sebagai pemangkin utama dalam merevolusi sistem halal tempatan, melalui penggunaan teknologi seperti blockchain, kecerdasan buatan (AI) dan Internet Kebendaan (IoT), tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTransformasi digital bukan sahaja akan mempercepat proses pensijilan, malah meningkatkan keyakinan pengguna dan memudahkan pemantauan pematuhan standard halal di seluruh rantaian nilai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia, yang selama ini menjadi penanda aras dalam pembangunan industri halal global, kini berdepan cabaran untuk kekal relevan dalam era digitalisasi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, menurut Khairul Azwan, kerjasama erat antara agensi kerajaan, pemain industri dan penyelidik STI amat diperlukan bagi merealisasikan ekosistem halal digital yang mampan dan berdaya saing.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 28 April &#8212; Malaysia bercadang mewujudkan Majlis Halal ASEAN dan cadangan itu akan dibawa ke peringkat Sekretariat ASEAN untuk dimuktamadkan secara rasmi bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam industri halal serantau. Pewujudan majlis halal itu juga akan memudahkan kemasukan produk halal di antara dua negara selain meningkatkan perdagangan intra-ASEAN yang kini masih belum mencapai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":14566,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":{"0":"post-14565","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-bisnes"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Malaysia Bawa Cadangan Pewujudan Majlis Halal ASEAN - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Malaysia Bawa Cadangan Pewujudan Majlis Halal ASEAN - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 28 April &#8212; Malaysia bercadang mewujudkan Majlis Halal ASEAN dan cadangan itu akan dibawa ke peringkat Sekretariat ASEAN untuk dimuktamadkan secara rasmi bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam industri halal serantau. Pewujudan majlis halal itu juga akan memudahkan kemasukan produk halal di antara dua negara selain meningkatkan perdagangan intra-ASEAN yang kini masih belum mencapai [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-04-29T02:57:08+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2025-04-29T02:57:10+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/awanharunnhdc_1745744918.webp\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"960\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"653\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/webp\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"4 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/\",\"name\":\"Malaysia Bawa Cadangan Pewujudan Majlis Halal ASEAN - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/awanharunnhdc_1745744918.webp\",\"datePublished\":\"2025-04-29T02:57:08+00:00\",\"dateModified\":\"2025-04-29T02:57:10+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/awanharunnhdc_1745744918.webp\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/awanharunnhdc_1745744918.webp\",\"width\":960,\"height\":653},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Malaysia Bawa Cadangan Pewujudan Majlis Halal ASEAN\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Malaysia Bawa Cadangan Pewujudan Majlis Halal ASEAN - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Malaysia Bawa Cadangan Pewujudan Majlis Halal ASEAN - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 28 April &#8212; Malaysia bercadang mewujudkan Majlis Halal ASEAN dan cadangan itu akan dibawa ke peringkat Sekretariat ASEAN untuk dimuktamadkan secara rasmi bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam industri halal serantau. Pewujudan majlis halal itu juga akan memudahkan kemasukan produk halal di antara dua negara selain meningkatkan perdagangan intra-ASEAN yang kini masih belum mencapai [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2025-04-29T02:57:08+00:00","article_modified_time":"2025-04-29T02:57:10+00:00","og_image":[{"width":960,"height":653,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/awanharunnhdc_1745744918.webp","type":"image\/webp"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"4 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/","name":"Malaysia Bawa Cadangan Pewujudan Majlis Halal ASEAN - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/awanharunnhdc_1745744918.webp","datePublished":"2025-04-29T02:57:08+00:00","dateModified":"2025-04-29T02:57:10+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/awanharunnhdc_1745744918.webp","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/awanharunnhdc_1745744918.webp","width":960,"height":653},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/malaysia-bawa-cadangan-pewujudan-majlis-halal-asean\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Malaysia Bawa Cadangan Pewujudan Majlis Halal ASEAN"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14565","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14565"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14565\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14569,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14565\/revisions\/14569"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14566"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14565"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14565"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14565"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}