{"id":149637,"date":"2026-05-24T16:23:39","date_gmt":"2026-05-24T08:23:39","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=149637"},"modified":"2026-05-24T16:23:41","modified_gmt":"2026-05-24T08:23:41","slug":"strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/","title":{"rendered":"Strarion Advisory &#8216;Jambatan&#8217; Pasaran Rusia-CIS, Serlah Malaysia Sebagai Gerbang ASEAN"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 24 Mei &#8212; Sebuah firma strategik Malaysian kini menjadi penghubung antara Malaysia dan pasaran Rusia-Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), bertujuan membuka peluang pelaburan rentas sempadan sambil memperkukuh peranan Malaysia sebagai gerbang strategik ke Asia Tenggara.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengasas&nbsp;Strarion Advisory Sdn Bhd Anderson Chua berkata kerjasama strategik terbaharu firma itu yang diraih ketika Forum Ekonomi Antarabangsa ke-17 Rusia-Dunia Islam: KazanForum 2026 baru-baru ini, menjadi asas bagi inisiatif jangka panjang untuk memudah cara kesalinghubungan pelaburan, pembangunan ekosistem dan peluang pengembangan perniagaan antara rantau terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>Persetujuan itu dicapai dengan pihak&nbsp;Dana Pelaburan dan Modal Teroka Republik Tatarstan (IVF RT), sebuah institusi pelaburan disokong kerajaan pada acara&nbsp;KazanForum 2026 yang berlangsung pada 12 hingga 17 Mei, 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>KazanForum berperanan sebagai platform untuk memperkukuh hubungan perdagangan, ekonomi, saintifik, teknikal, sosial dan budaya antara Rusia dan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Reputasi Malaysia asas kukuh, peluang kerjasama meluas&nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Tidak seperti pengaturan komersial perniagaan-kepada-perniagaan secara konvensional sebelum ini, Chua berkata kerjasama dengan IVF menyediakan rangka kerja institusi bertujuan memudah cara aspek penglibatan rentas sempadan jangka panjang, pertukaran pengetahuan dan pembangunan ekosistem antara kedua-dua rantau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami sentiasa meletakkan Malaysia sebagai gerbang strategik ke Asia Tenggara,\u201d katanya dalam wawancara eksklusif dengan Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>Chua berkata rangka kerja tadbir urus Malaysia, aspek ekosistem&nbsp;kewangan Islam, keupayaan halal serta kekuatan kawal selia, menjadi&nbsp;&nbsp;asas kukuh untuk menempatkan negara sebagai hab pelaburan dan pengembangan perniagaan bagi syarikat yang mahu menembusi pasaran ASEAN.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, katanya, ekosistem Malaysia yang merangkumi&nbsp;tadbir urus Syariah, perbankan Islam, sukuk, pengurusan aset serta piawaian halal diiktiraf antarabangsa, juga dapat&nbsp;menyokong peluang kerjasama lebih meluas yang melibatkan Rusia dan ekonomi CIS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia adalah antara negara terkemuka dari segi kerangka Syariah dan kewangan Islam. Tidak ketinggalan piawaian halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menganggap pasaran Rusia dan CIS masih belum diteroka sepenuhnya oleh perniagaan Malaysia berbanding destinasi perdagangan tradisional, walaupun terdapat&nbsp; peluang membabitkan&nbsp;bidang teknologi yang mendalam, penjagaan kesihatan, hidrogen, teknologi air serta&nbsp;sektor pelaburan strategik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPeluang ini amat bermakna serta bersifat jangka panjang. Rusia dan CIS boleh menawarkan potensi kukuh bagi kerjasama dengan perusahaan Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Chua berkata antara keutamaan bagi tempoh 12 bulan akan datang adalah menyentuh usaha bagi memperkukuh kefahaman terhadap aspek peraturan, menyelaras keperluan pasaran serta mewujudkan rangka kerja berdaya maju dari segi komersial bagi memudahkan inisiatif di masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Keutamaan pada peringkat ini adalah untuk memastikan inisiatif masa depan berdaya maju secara komersial dan selaras dengan jangkaan pegawalseliaan serta pelabur,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Aspek lain seperti menjalin kepercayaan dan kerjasama institusi kekal penting dalam usaha menerokai pasaran baharu yang belum diterokai secara meluas, ujar Chua.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menegaskan Strarion memperuntukkan masa lebih dua tahun bagi memupuk persefahaman dan penglibatan sebelum memformalkan kerjasama berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perlu ada pihak yang mengambil langkah pertama dalam membina \u2018jambatan\u2019 di antara kedua-dua wilayah dan kami bersedia untuk mengambil langkah tersebut,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbekalkan pengalaman lebih dua dekad Chua dalam institusi kewangan serta kepimpinan korporat, Strarion beroperasi sebagai firma perunding strategik khusus yang memberi tumpuan kepada rundingan kesediaan tawaran awam permulaan (IPO), penambahbaikan tadbir urus serta perkhidmatan rundingan rentas sempadan.<\/p>\n\n\n\n<p>Firma ini beroperasi berpandukan falsafah terasnya iaitu pelaksanaan yang berdisiplin dan membangunkan rangka kerja proprietari yang dikenali sebagai \u201cStrarion Global Passport\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;Rangka kerja ini direka untuk menstruktur tadbir urus dan ketelusan merentas bidang kuasa bagi menyokong kemasukan serta peluasan pasaran rentas sempadan yang bersedia menerima pelaburan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada tugas perunding rentas sempadan, Strarion turut melaksanakan projek khas termasuk inisiatif pembangunan strategik dan perancangan ekosistem dengan memanfaatkan pengalaman yang diperoleh melalui institusi kewangan dan mandat nasihat.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Strarion tumpu pengembangan pasaran global&nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Bagi kemajuan masa depan, Chua berkata kerjasama Rusia-CIS akan membentuk antara rangkaian projek utama Strarion pada waktu syarikat itu meluaskan jejak perundingan rentas sempadannya ke koridor pertumbuhan strategik.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada pasaran Rusia dan CIS, Chua menyatakan Strarion kini sedang mempergiat perbincangan kerjasama strategik di Afrika Barat khususnya Nigeria apabila firma berkenaan menyifatkan negara tersebut sebagai enjin pertumbuhan berpotensi untuk merangsang peluang ekonomi yang lebih meluas di benua Afrika.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami melihat Nigeria sebagai enjin pertumbuhan utama di Afrika Barat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami sedang bekerjasama dengan pihak rakan niaga di sana untuk memuktamadkan kerjasama strategik yang akhirnya akan turut memberi manfaat kepada Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Firma itu juga sedang meneroka peluang di rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjangnya untuk mewujudkan koridor pertumbuhan antarabangsa yang menghubungkan Malaysia dengan pasaran yang sedang pesat membangun.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain berperanan sebagai perunding rentas sempadan, Chua berkata Strarion sedang giat mengenal pasti perusahaan tempatan yang memerlukan penambahbaikan tadbir urus serta sokongan strategik untuk mengembangkan operasi dan membuat persediaan bagi penyertaan dalam pasaran modal pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata syarikat itu juga menyasarkan untuk memperkukuh saluran syarikat Malaysia yang memasuki Bursa Malaysia, khususnya perusahaan bumiputera melalui struktur tadbir urus yang lebih kukuh serta kesediaan institusi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBanyak syarikat mempunyai operasi yang kukuh, namun tadbir urus dan kesediaan institusi menjadi faktor utama apabila mereka mahu berkembang atau meluaskan perniagaan ke peringkat antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menambah kerjasama yang lebih kukuh antara perniagaan, firma perunding khusus dan pihak berkepentingan dalam ekosistem boleh terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk serantau yang menghubungkan ASEAN dengan pasaran pertumbuhan baharu di luar koridor perdagangan tradisional.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 24 Mei &#8212; Sebuah firma strategik Malaysian kini menjadi penghubung antara Malaysia dan pasaran Rusia-Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), bertujuan membuka peluang pelaburan rentas sempadan sambil memperkukuh peranan Malaysia sebagai gerbang strategik ke Asia Tenggara. Pengasas&nbsp;Strarion Advisory Sdn Bhd Anderson Chua berkata kerjasama strategik terbaharu firma itu yang diraih ketika Forum Ekonomi Antarabangsa ke-17 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":149638,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":{"0":"post-149637","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-bisnes"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Strarion Advisory &#039;Jambatan&#039; Pasaran Rusia-CIS, Serlah Malaysia Sebagai Gerbang ASEAN - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Strarion Advisory &#039;Jambatan&#039; Pasaran Rusia-CIS, Serlah Malaysia Sebagai Gerbang ASEAN - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 24 Mei &#8212; Sebuah firma strategik Malaysian kini menjadi penghubung antara Malaysia dan pasaran Rusia-Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), bertujuan membuka peluang pelaburan rentas sempadan sambil memperkukuh peranan Malaysia sebagai gerbang strategik ke Asia Tenggara. Pengasas&nbsp;Strarion Advisory Sdn Bhd Anderson Chua berkata kerjasama strategik terbaharu firma itu yang diraih ketika Forum Ekonomi Antarabangsa ke-17 [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-05-24T08:23:39+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2026-05-24T08:23:41+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-24-at-4.22.47\u202fPM.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1284\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"1012\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/png\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"4 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/\",\"name\":\"Strarion Advisory 'Jambatan' Pasaran Rusia-CIS, Serlah Malaysia Sebagai Gerbang ASEAN - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-24-at-4.22.47\u202fPM.png\",\"datePublished\":\"2026-05-24T08:23:39+00:00\",\"dateModified\":\"2026-05-24T08:23:41+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-24-at-4.22.47\u202fPM.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-24-at-4.22.47\u202fPM.png\",\"width\":1284,\"height\":1012},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Strarion Advisory &#8216;Jambatan&#8217; Pasaran Rusia-CIS, Serlah Malaysia Sebagai Gerbang ASEAN\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Strarion Advisory 'Jambatan' Pasaran Rusia-CIS, Serlah Malaysia Sebagai Gerbang ASEAN - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Strarion Advisory 'Jambatan' Pasaran Rusia-CIS, Serlah Malaysia Sebagai Gerbang ASEAN - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 24 Mei &#8212; Sebuah firma strategik Malaysian kini menjadi penghubung antara Malaysia dan pasaran Rusia-Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), bertujuan membuka peluang pelaburan rentas sempadan sambil memperkukuh peranan Malaysia sebagai gerbang strategik ke Asia Tenggara. Pengasas&nbsp;Strarion Advisory Sdn Bhd Anderson Chua berkata kerjasama strategik terbaharu firma itu yang diraih ketika Forum Ekonomi Antarabangsa ke-17 [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2026-05-24T08:23:39+00:00","article_modified_time":"2026-05-24T08:23:41+00:00","og_image":[{"width":1284,"height":1012,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-24-at-4.22.47\u202fPM.png","type":"image\/png"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"4 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/","name":"Strarion Advisory 'Jambatan' Pasaran Rusia-CIS, Serlah Malaysia Sebagai Gerbang ASEAN - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-24-at-4.22.47\u202fPM.png","datePublished":"2026-05-24T08:23:39+00:00","dateModified":"2026-05-24T08:23:41+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-24-at-4.22.47\u202fPM.png","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Screenshot-2026-05-24-at-4.22.47\u202fPM.png","width":1284,"height":1012},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/strarion-advisory-jambatan-pasaran-rusia-cis-serlah-malaysia-sebagai-gerbang-asean\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Strarion Advisory &#8216;Jambatan&#8217; Pasaran Rusia-CIS, Serlah Malaysia Sebagai Gerbang ASEAN"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/149637","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=149637"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/149637\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":149641,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/149637\/revisions\/149641"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/149638"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=149637"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=149637"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=149637"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}