{"id":157096,"date":"2026-06-14T10:33:12","date_gmt":"2026-06-14T02:33:12","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=157096"},"modified":"2026-06-14T10:33:12","modified_gmt":"2026-06-14T02:33:12","slug":"kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/","title":{"rendered":"Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi"},"content":{"rendered":"\n<p>JAKARTA, 13 Jun &#8212; Langkah Indonesia menerusi Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar faedah penanda aras\u00a0atau Kadar-BI\u00a0dan harga bahan api tanpa subsidi dalam tempoh beberapa hari, jelas memaparkan usaha kerajaan dalam menyokong rupiah selain meredakan tekanan fiskal walaupun ini dijangka membebankan isi rumah dan perniagaan, kata penganalisis.<\/p>\n\n\n\n<p>Pensyarah Sains Pentadbiran Universiti Indonesia&nbsp;Dr&nbsp;Muhammad Ramaditya&nbsp;menyifatkan langkah terbabit membuktikan&nbsp;usaha Jakarta dalam menangani isu yang membelenggu ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu&nbsp;iaitu kelemahan mata wang serta&nbsp;tekanan fiskal.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cObjektif utama kadar faedah yang kini pada 5.50 peratus itu adalah demi mempertahankan nilai mata wang (rupiah).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTindakan memperluaskan perbezaan pulangan berbanding aset asing menjadikan Indonesia dilihat lebih menarik di mata pelabur global manakala instrumenn domestik yang menawarkan pulangan tinggi seperti Sekuriti Rupiah Bank Indonesia dan bon kerajaan&nbsp;membantu menarik aliran masuk dana asing, sekali gus menyokong rupiah,\u201d katanya kepada Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Selasa lepas, bank pusat Indonesia bertindak menaikkan kadar faedah utama sebanyak 25 mata asas kepada&nbsp;5.50 peratus yang dianggap sebagai perlu untuk melindungi kestabilan rupiah selepas mata wang itu lemah dan melebihi paras 18,000 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan tindakan itu, rupiah pulih ke paras&nbsp;sekitar 17,900 berbanding dolar AS&nbsp;daripada paras melebihi 18,000 pada awal minggu ini, sekali gus membuktikan kenaikan kadar faedah itu terbukti membantu dari segi memulihkan&nbsp;sentimen pasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada hari berikutnya,&nbsp;syarikat tenaga milik kerajaan iaitu&nbsp;Pertamina pula bertindak&nbsp;menaikkan harga bahan api tanpa subsidi dengan Pertamax (RON92) yang melonjak kepada 16,250 rupiah (kira-kira RM3.64) seliter daripada 12,300&nbsp;rupiah manakala Pertamax Green 95 (RON95) naik kepada 17,000 rupiah (kira-kira RM3.81) daripada 12,900 rupiah.<\/p>\n\n\n\n<p>Harga bahan api bersubsidi, termasuk Pertalite (RON90) dan Bio Solar, bagaimanapun kekal tidak berubah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas selanjutnya,&nbsp;Ramaditya menegaskan langkah mengekalkan kestabilan nilai rupiah merupakan tindakan penting memandangkan Indonesia masih bergantung kepada import bahan mentah industri, barangan elektronik dan komoditi makanan seperti gandum serta kacang soya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelemahan nilai rupiah misalnya akan meningkatkan kos barangan import dan bahan mentah&nbsp;yang boleh mencetuskan tekanan inflasi lebih ketara serta memberi kesan mendadak kepada pengguna berbanding kenaikan kadar faedah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, beliau&nbsp;melihat pelarasan harga bahan api sebagai tindakan mengurangkan&nbsp;tekanan ke atas belanjawan negara dengan membenarkan harga bahan api tanpa subsidi seperti RON92 dan RON95 bergerak menghampiri harga pasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramaditya berkata dasar itu membolehkan kerajaan memanfaatkan&nbsp;peruntukan itu bagi program bantuan sosial bersasar, pembangunan infrastruktur serta subsidi kepada golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada bahan api bersubsidi.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, beliau mengingatkan kedua-dua langkah itu boleh mencetuskan&nbsp;tekanan terhadap ekonomi iaitu kenaikan harga bahan api berpotensi meningkatkan kos pengangkutan dan logistik&nbsp;manakala kos pinjaman lebih tinggi boleh menjejaskan perbelanjaan isi rumah serta aktiviti perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, kebimbangan&nbsp;terhadap peningkatan kos sara hidup turut dipaparkan menerusi tindakan demonstrasi oleh kumpulan pelajar di Jakarta Pusat pada Jumaat&nbsp;yang turut mengecam beberapa dasar ekonomi kerajaan, termasuk kenaikan harga bahan api berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi&nbsp;Bank Muamalat Malaysia Bhd&nbsp;Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula menganggap kenaikan Kadar BI itu sebagai satu keperluan selepas nilai rupiah menjunam melepasi paras 18,000 berbanding dolar AS yang mengatasi&nbsp;tahap&nbsp;pernah dicatatkan ketika Krisis Kewangan Asia 1997\u20131998.<\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan itu juga, katanya, bertujuan mengelak nilai rupiah terus merosot.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, beliau menyifatkan situasi Indonesia sebagai unik kerana keyakinan&nbsp;pelabur turut dipengaruhi oleh persepsi bahawa dasar-dasar ekonomi negara itu makin bersifat campur tangan serta&nbsp;populis.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd&nbsp;Afzanizam berkata&nbsp;kebimbangan berkaitan aspek tadbir urus serta&nbsp;ketelusan turut&nbsp;menjejaskan sentimen pelabur asing,&nbsp;termasuk semakan terkini oleh MSCI terhadap syarikat-syarikat tersenarai di Indonesia yang menyebabkan beberapa firma telah dikeluarkan daripada indeks penanda aras.<\/p>\n\n\n\n<p>Berikutan itu&nbsp;secara keseluruhannya, penganalisis berkata langkah Indonesia itu lebih memaparkan usaha menstabilkan nilai rupiah dan mengurus tekanan fiskal walaupun kos peningkatan bahan api dan pinjaman boleh membebankan perbelanjaan isi rumah serta aktiviti perniagaan dalam masa terdekat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JAKARTA, 13 Jun &#8212; Langkah Indonesia menerusi Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar faedah penanda aras\u00a0atau Kadar-BI\u00a0dan harga bahan api tanpa subsidi dalam tempoh beberapa hari, jelas memaparkan usaha kerajaan dalam menyokong rupiah selain meredakan tekanan fiskal walaupun ini dijangka membebankan isi rumah dan perniagaan, kata penganalisis. Pensyarah Sains Pentadbiran Universiti Indonesia&nbsp;Dr&nbsp;Muhammad Ramaditya&nbsp;menyifatkan langkah terbabit membuktikan&nbsp;usaha [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":157099,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":{"0":"post-157096","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-bisnes"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"JAKARTA, 13 Jun &#8212; Langkah Indonesia menerusi Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar faedah penanda aras\u00a0atau Kadar-BI\u00a0dan harga bahan api tanpa subsidi dalam tempoh beberapa hari, jelas memaparkan usaha kerajaan dalam menyokong rupiah selain meredakan tekanan fiskal walaupun ini dijangka membebankan isi rumah dan perniagaan, kata penganalisis. Pensyarah Sains Pentadbiran Universiti Indonesia&nbsp;Dr&nbsp;Muhammad Ramaditya&nbsp;menyifatkan langkah terbabit membuktikan&nbsp;usaha [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-06-14T02:33:12+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/272974c1013dfdadeac1bb95e5ced4c462fa2c437024e.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1110\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"694\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"3 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/\",\"name\":\"Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/272974c1013dfdadeac1bb95e5ced4c462fa2c437024e.jpg\",\"datePublished\":\"2026-06-14T02:33:12+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/272974c1013dfdadeac1bb95e5ced4c462fa2c437024e.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/272974c1013dfdadeac1bb95e5ced4c462fa2c437024e.jpg\",\"width\":1110,\"height\":694},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi - MCI Group","og_description":"JAKARTA, 13 Jun &#8212; Langkah Indonesia menerusi Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar faedah penanda aras\u00a0atau Kadar-BI\u00a0dan harga bahan api tanpa subsidi dalam tempoh beberapa hari, jelas memaparkan usaha kerajaan dalam menyokong rupiah selain meredakan tekanan fiskal walaupun ini dijangka membebankan isi rumah dan perniagaan, kata penganalisis. Pensyarah Sains Pentadbiran Universiti Indonesia&nbsp;Dr&nbsp;Muhammad Ramaditya&nbsp;menyifatkan langkah terbabit membuktikan&nbsp;usaha [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2026-06-14T02:33:12+00:00","og_image":[{"width":1110,"height":694,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/272974c1013dfdadeac1bb95e5ced4c462fa2c437024e.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"3 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/","name":"Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/272974c1013dfdadeac1bb95e5ced4c462fa2c437024e.jpg","datePublished":"2026-06-14T02:33:12+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/272974c1013dfdadeac1bb95e5ced4c462fa2c437024e.jpg","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/272974c1013dfdadeac1bb95e5ced4c462fa2c437024e.jpg","width":1110,"height":694},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/kenaikan-kadar-faedah-harga-bahan-api-uji-keupayaan-indonesia-seimbangkan-ekonomi\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/157096","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=157096"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/157096\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":157102,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/157096\/revisions\/157102"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/157099"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=157096"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=157096"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=157096"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}