{"id":196770,"date":"2026-10-06T10:03:10","date_gmt":"2026-10-06T02:03:10","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=196770"},"modified":"2026-10-06T10:03:11","modified_gmt":"2026-10-06T02:03:11","slug":"gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/","title":{"rendered":"GP Bahrain Pacu Aktiviti Perkhidmatan, Pelancongan, \u00a0penganjuran Kekal Perlu Lihat Impak Kewangan"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 6 Okt &#8212; Grand Prix Bahrain di Malaysia membantu merangsang aktiviti pelancongan dan perkhidmatan pada suku keempat, namun\u00a0impak kewangan keseluruhannya akan menjadi faktor penting dalam menilai daya maju ekonomi penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) secara tetap di negara ini.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli ekonomi Williams Business Consultancy Sdn Bhd&nbsp;Dr Geoffrey Williams&nbsp;berkata&nbsp;perbelanjaan besar itu akan membantu menyokong pertumbuhan menjelang akhir tahun, walaupun Malaysia sememangnya dijangka mencatatkan pertumbuhan kukuh bagi keseluruhan tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerbelanjaan (pengguna) yang besar&nbsp;pada suku keempat akan membantu memastikan pertumbuhan kekal kukuh menjelang akhir tahun. Namun, memandangkan kami menjangkakan pertumbuhan yang kukuh bagi keseluruhan tahun, langkah ini lebih merupakan satu jaminan untuk memastikan pertumbuhan yang baik pada penghujung tahun,\u201d katanya kepada Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>Williams berkata kesan pengganda terbesar dijangka berlaku dalam sektor pelancongan, hospitaliti dan peruncitan, serta penerbangan dan perhotelan, dengan sebahagian besar perbelanjaan kekal dalam ekonomi tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perbelanjaan tambahan ini merupakan suntikan nilai tambah, memandangkan sebahagian besarnya berkait dengan sektor pelancongan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAcara ini merupakan tambahan yang baik kepada kalendar aktiviti, namun memandangkan ekonomi kita kini berkembang lebih kukuh daripada jangkaan, ia menjadi satu bonus yang membantu meningkatkan perbelanjaan pelancongan serta menyokong nilai ringgit melalui aliran masuk mata wang asing,&#8221; katanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi&nbsp;nota penyelidikan pada&nbsp;September, Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menganggarkan Grand Prix Bahrain di Malaysia berpotensi menjana tambahan RM1.1 bilion hingga RM1.3 bilion dari segi&nbsp;jumlah output ekonomi, berdasarkan pengganda output sebanyak 1.5 hingga 2.1 kali ganda.<\/p>\n\n\n\n<p>Memetik kajian PwC mengenai Grand Prix Malaysia, HLIB memaklumkan setiap ringgit yang dilaburkan untuk menganjurkan acara tersebut dianggarkan menjana pulangan ekonomi kira-kira tiga kali ganda jumlah pelaburan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Memandangkan F1 menarik golongan yang lebih berkemampuan berbanding sukan lain, kami menganggarkan purata perbelanjaan pelancongan oleh pengunjung F1 adalah sekitar RM8,879 bagi setiap pengunjung (dua kali ganda purata perbelanjaan pelancong),&#8221; maklum HLIB.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, ketua ahli ekonomi Global Juwai IQI, Shan Saeed berkata&nbsp;aktiviti ekonomi bernilai RM1 bilion yang diunjurkan sepanjang penganjuran F1 pada hujung minggu lepas&nbsp;itu adalah signifikan, namun komposisinya lebih penting berbanding angka keseluruhan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJumlah RM1 bilion itu memang besar, namun dari sudut ekonomi, komposisinya lebih penting berbanding angka utama tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerbanding saiz ekonomi berkenaan, Penganjuran&nbsp;perlumbaan F1 pada satu hujung minggu tidak akan banyak mengubah trajektori Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan. Bagaimanapun, impak pada sektor tertentu adalah&nbsp;luar biasa; sektor hotel, restoran, penerbangan, pengangkutan, peruncitan dan hiburan menerima suntikan perbelanjaan yang sangat tinggi&nbsp;dalam tempoh beberapa hari.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jadi, saya akan menyifatkan F1 sebagai pemacu pecutan sektor perkhidmatan pada suku keempat, bukannya faktor pengubah KDNK,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Shan berkata kesan pengganda ekonomi yang paling ketara dijangka&nbsp;terhasil melalui sektor pelancongan, hospitaliti dan penerbangan, dengan impaknya ditentukan oleh jumlah pelawat antarabangsa, tempoh penginapan, perbelanjaan harian serta sejauh mana perbelanjaan tersebut kekal berada&nbsp;dalam Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu, persamaan pentingnya ialah: pelawat antarabangsa \u00d7 tempoh penginapan \u00d7 perbelanjaan harian \u00d7 wang dijana&nbsp;domestik. Jualan tiket menjana kehadiran. Bilangan malam penginapan pelawat pula menjana kesan pengganda ekonomi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata&nbsp;perbelanjaan pelawat antarabangsa mewujudkan permintaan luaran yang baharu, dengan perbelanjaan bagi hotel, restoran, beli-belah dan pengangkutan domestik dianggap sebagai eksport perkhidmatan Malaysia, manakala perbelanjaan domestik pula mungkin melibatkan pembelian besar-besaran pengunjung tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Inilah sebabnya mengapa penggubal dasar harus menumpukan perhatian bukan sekadar kepada jumlah perbelanjaan, tetapi&nbsp;siapa yang membelanjakannya, dari mana sumbernya serta berapa banyak wang yang dibelanjakan kekal berada dalam&nbsp;Malaysia,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai kesan pertukaran asing, Shan berkata&nbsp;penonton dari luar negara menjana hasil daripada eksport perkhidmatan, walaupun jumlah aktiviti kasar sebanyak RM1 bilion itu dianggap kecil berbanding aliran perdagangan, portfolio dan kewangan Malaysia yang lebih luas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru, F1 merupakan faktor yang menyokong pertukaran asing, bukannya pemangkin bagi ringgit. Kepentingan strategiknya terhasil daripada pengumpulan pelbagai elemen: pelancongan, persidangan, acara sukan dan perkhidmatan bernilai tinggi yang lain secara kolektif mengukuhkan akaun perkhidmatan luaran Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Prospek Pulangan, F1 Kembali Beraksi Secara Tetap<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas prospek daya maju atau manfaat ekonomi sekiranya&nbsp;F1 dianjurkan semula&nbsp;secara tetap, Shan berkata pulangan ekonomi bagi perlumbaan tahun ini ternyata memberangsangkan apabila&nbsp;Bahrain bertindak menanggung yuran hak penganjuran sebanyak US$70 juta hingga US$80 juta manakala Malaysia dan Bahrain berkongsi kira-kira&nbsp;RM40 juta dari segi kos persiapan di peringkat tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSehubungan itu, Malaysia dapat meraih sebahagian besar (manfaat) dari sudut pelancongan, hospitaliti, pengangkutan dan&nbsp;penjenamaan antarabangsa tanpa menanggung beban kewangan besar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeadaan itu mewujudkan ketidakseimbangan yang jelas memihak kepada manfaat ekonomi berbanding pendedahan fiskal,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, sebarang penganjuran slot F1 secara tetap memerlukan kos sekurang-kurangnya RM300 juta setahun dan sebarang pengganda kasar sebanyak tiga kali pun masih tidak mencukupi untuk memberi jaminan bahawa penganjurannya &nbsp;berdaya maju dari segi ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi saya, ini memerlukan aktiviti ekonomi tambahan sekurang-kurangnya&nbsp;RM900 juta hingga RM1 bilion yang terbukti benar-benar dapat memberi manfaat selain perbelanjaan pengunjung asing yang besar, kadar perbelanjaan domestik yang tinggi, hasil cukai tambahan, pendapatan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) serta menjana peluang pekerjaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelepas itu, perlu ditolak aspek&nbsp;import, peralihan atau penggantian aktiviti ekonomi lain, subsidi, kos operasi dan kos peluang modal awam,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, kalangan penggubal dasar perlu meneliti perkara lain seperti jumlah pengunjung antarabangsa yang hadir kerana f1, purata tempoh penginapan, penghunian hotel dan kadar bilik yang dikenaan, perbelanjaan menggunakan kad asing, jumlah aliran trafik di KLIA, hasil makanan dan minuman serta peruncitan, permintaan pengangkutan, pendapatan perusahaan kecil dan sederhana, pekerjaan serta kutipan cukai tambahan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerbanding manfaat kesemua perkara itu, penggubal dasar perlu menolak ketirisan&nbsp;import, perbelanjaan domestik yang beralih daripada aktiviti lain serta keseluruhan kos yang ditanggung sektor awam. Apa yang paling penting, perbandingan ini perlu dilakukan dengan membandingkan keadaan&nbsp;hujung minggu biasa pada Oktober&nbsp;dengan mengambil kira faktor bermusim dan pertumbuhan asas sektor pelancongan yang kemudiannya dapat&nbsp;memberi gambaran atau&nbsp;senario ekonomi,\u201d katanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu,&nbsp;Williams berkata kejayaan penganjuran acara itu dapat membantu dari segi penilaian sama ada F1 perlu kembali sebagai satu acara tetap, terutamanya kerana Malaysia tidak menanggung fi atau yuran penganjuran berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cImpak kewangan secara keseluruhannya perlu dikira bagi memastikan sama ada sebarang penganjuran F1 secara tetap benar-benar menguntungkan. Ini boleh dinilai berdasarkan sektor pelancongan, hotel, perbelanjaan dan hasil cukai,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Williams turut mengingatkan peluang pekerjaan daripada acara itu lebih bersifat bermusim atau sementara walaupun pada masa sama berupaya menawarkan beberapa pekerjaan baharu bagi jangka panjang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 6 Okt &#8212; Grand Prix Bahrain di Malaysia membantu merangsang aktiviti pelancongan dan perkhidmatan pada suku keempat, namun\u00a0impak kewangan keseluruhannya akan menjadi faktor penting dalam menilai daya maju ekonomi penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) secara tetap di negara ini.\u00a0 Ahli ekonomi Williams Business Consultancy Sdn Bhd&nbsp;Dr Geoffrey Williams&nbsp;berkata&nbsp;perbelanjaan besar itu akan membantu menyokong [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":196349,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":{"0":"post-196770","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-bisnes"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>GP Bahrain Pacu Aktiviti Perkhidmatan, Pelancongan, \u00a0penganjuran Kekal Perlu Lihat Impak Kewangan - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"GP Bahrain Pacu Aktiviti Perkhidmatan, Pelancongan, \u00a0penganjuran Kekal Perlu Lihat Impak Kewangan - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 6 Okt &#8212; Grand Prix Bahrain di Malaysia membantu merangsang aktiviti pelancongan dan perkhidmatan pada suku keempat, namun\u00a0impak kewangan keseluruhannya akan menjadi faktor penting dalam menilai daya maju ekonomi penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) secara tetap di negara ini.\u00a0 Ahli ekonomi Williams Business Consultancy Sdn Bhd&nbsp;Dr Geoffrey Williams&nbsp;berkata&nbsp;perbelanjaan besar itu akan membantu menyokong [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-10-06T02:03:10+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2026-10-06T02:03:11+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/af1e7deea27b05b223cca77394dec4ae.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"665\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"443\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"5 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/\",\"name\":\"GP Bahrain Pacu Aktiviti Perkhidmatan, Pelancongan, \u00a0penganjuran Kekal Perlu Lihat Impak Kewangan - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/af1e7deea27b05b223cca77394dec4ae.jpg\",\"datePublished\":\"2026-10-06T02:03:10+00:00\",\"dateModified\":\"2026-10-06T02:03:11+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/af1e7deea27b05b223cca77394dec4ae.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/af1e7deea27b05b223cca77394dec4ae.jpg\",\"width\":665,\"height\":443},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"GP Bahrain Pacu Aktiviti Perkhidmatan, Pelancongan, \u00a0penganjuran Kekal Perlu Lihat Impak Kewangan\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"GP Bahrain Pacu Aktiviti Perkhidmatan, Pelancongan, \u00a0penganjuran Kekal Perlu Lihat Impak Kewangan - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"GP Bahrain Pacu Aktiviti Perkhidmatan, Pelancongan, \u00a0penganjuran Kekal Perlu Lihat Impak Kewangan - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 6 Okt &#8212; Grand Prix Bahrain di Malaysia membantu merangsang aktiviti pelancongan dan perkhidmatan pada suku keempat, namun\u00a0impak kewangan keseluruhannya akan menjadi faktor penting dalam menilai daya maju ekonomi penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) secara tetap di negara ini.\u00a0 Ahli ekonomi Williams Business Consultancy Sdn Bhd&nbsp;Dr Geoffrey Williams&nbsp;berkata&nbsp;perbelanjaan besar itu akan membantu menyokong [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2026-10-06T02:03:10+00:00","article_modified_time":"2026-10-06T02:03:11+00:00","og_image":[{"width":665,"height":443,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/af1e7deea27b05b223cca77394dec4ae.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"5 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/","name":"GP Bahrain Pacu Aktiviti Perkhidmatan, Pelancongan, \u00a0penganjuran Kekal Perlu Lihat Impak Kewangan - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/af1e7deea27b05b223cca77394dec4ae.jpg","datePublished":"2026-10-06T02:03:10+00:00","dateModified":"2026-10-06T02:03:11+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/af1e7deea27b05b223cca77394dec4ae.jpg","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/af1e7deea27b05b223cca77394dec4ae.jpg","width":665,"height":443},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/gp-bahrain-pacu-aktiviti-perkhidmatan-pelancongan-penganjuran-kekal-perlu-lihat-impak-kewangan\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"GP Bahrain Pacu Aktiviti Perkhidmatan, Pelancongan, \u00a0penganjuran Kekal Perlu Lihat Impak Kewangan"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/196770","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=196770"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/196770\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":196771,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/196770\/revisions\/196771"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/196349"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=196770"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=196770"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=196770"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}