{"id":198346,"date":"2026-10-11T16:21:05","date_gmt":"2026-10-11T08:21:05","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=198346"},"modified":"2026-10-11T16:21:07","modified_gmt":"2026-10-11T08:21:07","slug":"belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/","title":{"rendered":"Belanjawan 2027: Langkah Cukai Bantu M40, Rangsang Pelaburan &#8211; PwC Malaysia"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 11 Okt &#8212; Langkah pelepasan cukai individu dalam Belanjawan 2027 dijangka membantu meringankan tekanan kewangan kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) manakala insentif bersasar untuk perniagaan dan pelabur berpotensi menyokong pertumbuhan pelaburan, menurut PwC Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakan Kongsi Cukai PwC Malaysia Michelle Chuo berkata peningkatan pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000, yang merupakan pelarasan pertama sejak 2010 adalah tepat pada masanya di tengah-tengah tekanan kos sara hidup yang masih berterusan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata peningkatan pelepasan itu serta pengurangan kadar cukai pendapatan sebanyak satu mata peratusan bagi golongan M40 akan meningkatkan pendapatan boleh guna pembayar cukai dalam kumpulan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerikutan tekanan kos sara hidup yang berterusan, langkah cukai individu yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 dialu-alukan terutama bagi golongan M40,\u201d katanya kepada Bernama ketika mengulas mengenai belanjawan&nbsp;itu yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Belanjawan itu mencadangkan pengurangan kadar cukai sebanyak satu mata peratusan bagi pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM150,000.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun bagi kumpulan berpendapatan tinggi, belanjawan itu mencadangkan kenaikan kadar cukai bagi pendapatan bercukai melebihi RM1 juta kepada 30 peratus berbanding kadar semasa 28 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>Chuo berkata peningkatan pelepasan cukai individu itu akan memberi manfaat kepada pembayar cukai secara lebih meluas, namun penjimatan bagi golongan berpendapatan tinggi mungkin sebahagiannya diimbangi oleh kenaikan kadar cukai marginal tertinggi serta penurunan ambang pendapatan bagi pengenaan kadar itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi golongan berpendapatan tinggi, cukai tambahan pada peringkat pendapatan tertinggi secara beransur-ansur akan mengimbangi penjimatan daripada peningkatan pelepasan dan pengurangan kadar cukai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni menunjukkan anjakan dasar yang dipertimbangkan untuk menyalurkan lebih banyak manfaat cukai bersih kepada pembayar cukai berpendapatan sederhana dan pada masa sama mengekalkan prinsip cukai progresif dalam sistem percukaian,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai sektor korporat, Rakan Kongsi Cukai dan Ketua Segmen Swasta PwC Malaysia Fung Mei Lin berkata penambahbaikan insentif Hab Perkhidmatan Global akan meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai pangkalan serantau bagi syarikat multinasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata peluasan skim itu kepada aktiviti perbendaharaan dan pengurusan dana selain pelepasan cukai pegangan ke atas faedah serta pengecualian duti setem bagi perjanjian pinjaman antara syarikat akan memberikan insentif lebih kukuh kepada syarikat multinasional untuk mewujudkan fungsi perbendaharaan dan pembiayaan serantau di Malaysia termasuk menerusi pakej Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan menggabungkan langkah itu dengan kebenaran bekerja bagi pasangan ekspatriat dan inisiatif Entiti Perniagaan ASEAN Malaysia (MyABE), langkah ini membentuk pakej yang kukuh untuk \u2018melabur, mengambil pekerja dan mengembangkan perniagaan di sini\u2019,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Fung turut menyambut baik lanjutan pengecualian cukai pendapatan bagi pelabur individu melalui platform pendanaan awam ekuiti (ECF) dan pelabur mangkin yang membiayai syarikat pemula niaga teknologi peringkat awal sehingga akhir 2030.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata peruntukan RM270 juta bagi perusahaan kecil dan sederhana, syarikat peringkat pertengahan serta perusahaan sosial melalui platform ECF dan pembiayaan rakan setara (P2P) akan terus menyokong ekosistem pembiayaan syarikat pemula niaga dan membantu memperluas saluran pembiayaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai pelaburan hijau, Fung berkata komitmen berterusan untuk menyokong peralihan kepada ekonomi rendah karbon serta skop perbelanjaan yang layak mendapat insentif yang ditakrifkan dengan lebih jelas, boleh membantu menyalurkan insentif kepada pelaburan yang memberikan impak lebih besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, beliau berkata pengurangan kadar cukai pendapatan sebanyak satu mata peratusan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta peningkatan ambang elaun modal bagi perniagaan, akan mengurangkan tekanan aliran tunai mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun katanya apabila langkah belanjawan itu digubal menjadi undang-undang, perniagaan mengalu-alukan panduan yang jelas dan praktikal termasuk mengenai interaksi antara insentif berkenaan dengan peraturan cukai minimum global bagi memastikan pelabur menikmati sepenuhnya manfaat yang disasarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Fung turut menggesa agar kajian semula Elaun Pelaburan Semula dipertimbangkan dengan teliti memandangkan insentif itu telah menyokong pengilang dan perniagaan lain yang melabur di Malaysia selama beberapa dekad.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata reka bentuk insentif yang lebih bersasar perlu mengekalkan daya saing industri selain menyediakan kriteria kelayakan dan aturan peralihan yang jelas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeiring dengan perkembangan kajian semula itu, kami menggalakkan libat urus awal dengan industri berhubung kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan insentif berkenaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Fung turut mengalu-alukan pengenalan model Pejabat Pelbagai Keluarga (MFO) di Forest City di samping skim Pejabat Keluarga Tunggal (SFO) sedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata langkah itu berpotensi memperluas industri pengurusan kekayaan Malaysia, menarik minat keluarga yang mempunyai saiz aset berbeza serta mewujudkan permintaan terhadap pengurus dana, pemegang amanah, akauntan dan profesional undang-undang tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya panduan yang jelas mengenai pelesenan, layanan cukai, keperluan operasi substantif serta hubungan antara skim MFO dengan SFO adalah penting untuk menarik penyertaan dan menjadikan Malaysia sebagai pusat pengurusan kekayaan yang dipercayai.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhan, beliau berkata Belanjawan 2027 menunjukkan bahawa disiplin fiskal dan sokongan terhadap pertumbuhan boleh saling melengkapi, namun penggubalan undang-undang yang tepat pada masanya serta panduan pelaksanaan yang jelas adalah penting bagi menterjemahkan insentif dasar kepada hasil yang nyata.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKepastian menjadikan insentif suatu realiti,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 11 Okt &#8212; Langkah pelepasan cukai individu dalam Belanjawan 2027 dijangka membantu meringankan tekanan kewangan kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) manakala insentif bersasar untuk perniagaan dan pelabur berpotensi menyokong pertumbuhan pelaburan, menurut PwC Malaysia. Rakan Kongsi Cukai PwC Malaysia Michelle Chuo berkata peningkatan pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000, yang merupakan pelarasan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":198410,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":{"0":"post-198346","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-bisnes"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Belanjawan 2027: Langkah Cukai Bantu M40, Rangsang Pelaburan - PwC Malaysia - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Belanjawan 2027: Langkah Cukai Bantu M40, Rangsang Pelaburan - PwC Malaysia - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 11 Okt &#8212; Langkah pelepasan cukai individu dalam Belanjawan 2027 dijangka membantu meringankan tekanan kewangan kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) manakala insentif bersasar untuk perniagaan dan pelabur berpotensi menyokong pertumbuhan pelaburan, menurut PwC Malaysia. Rakan Kongsi Cukai PwC Malaysia Michelle Chuo berkata peningkatan pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000, yang merupakan pelarasan [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-10-11T08:21:05+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2026-10-11T08:21:07+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2acb8cf57b4b651c8c92612266a41a3b6acb3c6d48481.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1110\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"694\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"4 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/\",\"name\":\"Belanjawan 2027: Langkah Cukai Bantu M40, Rangsang Pelaburan - PwC Malaysia - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2acb8cf57b4b651c8c92612266a41a3b6acb3c6d48481.jpg\",\"datePublished\":\"2026-10-11T08:21:05+00:00\",\"dateModified\":\"2026-10-11T08:21:07+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2acb8cf57b4b651c8c92612266a41a3b6acb3c6d48481.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2acb8cf57b4b651c8c92612266a41a3b6acb3c6d48481.jpg\",\"width\":1110,\"height\":694},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Belanjawan 2027: Langkah Cukai Bantu M40, Rangsang Pelaburan &#8211; PwC Malaysia\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Belanjawan 2027: Langkah Cukai Bantu M40, Rangsang Pelaburan - PwC Malaysia - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Belanjawan 2027: Langkah Cukai Bantu M40, Rangsang Pelaburan - PwC Malaysia - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 11 Okt &#8212; Langkah pelepasan cukai individu dalam Belanjawan 2027 dijangka membantu meringankan tekanan kewangan kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) manakala insentif bersasar untuk perniagaan dan pelabur berpotensi menyokong pertumbuhan pelaburan, menurut PwC Malaysia. Rakan Kongsi Cukai PwC Malaysia Michelle Chuo berkata peningkatan pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000, yang merupakan pelarasan [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2026-10-11T08:21:05+00:00","article_modified_time":"2026-10-11T08:21:07+00:00","og_image":[{"width":1110,"height":694,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2acb8cf57b4b651c8c92612266a41a3b6acb3c6d48481.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"4 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/","name":"Belanjawan 2027: Langkah Cukai Bantu M40, Rangsang Pelaburan - PwC Malaysia - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2acb8cf57b4b651c8c92612266a41a3b6acb3c6d48481.jpg","datePublished":"2026-10-11T08:21:05+00:00","dateModified":"2026-10-11T08:21:07+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2acb8cf57b4b651c8c92612266a41a3b6acb3c6d48481.jpg","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/2acb8cf57b4b651c8c92612266a41a3b6acb3c6d48481.jpg","width":1110,"height":694},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/belanjawan-2027-langkah-cukai-bantu-m40-rangsang-pelaburan-pwc-malaysia\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Belanjawan 2027: Langkah Cukai Bantu M40, Rangsang Pelaburan &#8211; PwC Malaysia"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/198346","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=198346"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/198346\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":198413,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/198346\/revisions\/198413"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/198410"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=198346"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=198346"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=198346"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}