{"id":55067,"date":"2025-09-01T11:08:14","date_gmt":"2025-09-01T03:08:14","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=55067"},"modified":"2025-09-01T11:08:15","modified_gmt":"2025-09-01T03:08:15","slug":"insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/","title":{"rendered":"Insiden Putra Heights: Mengimbangkan Keselamatan Dan Pembangunan Di Bandar"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 1 Sept &#8212; Apabila saluran paip Petronas Gas Bhd (PGB) meletup\u00a0di Putra Heights semasa cuti Hari Raya Aidilfitri, mengeluarkan\u00a0bebola api ratusan meter ke udara, ia merupakan peringatan yang jelas mengenai\u00a0bagaimana pembangunan moden dan infrastruktur kritikal mesti seiringan\u00a0dengan selamat.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi PGB, keutamaan pertama adalah rakyat, dan tumpuannya&nbsp;adalah pada keselamatan, melindungi penduduk, mengawal kebakaran dan memindahkan mereka yang berisiko, kata Pengarah Urusan\/Ketua Pegawai Eksekutif PGB Abdul Aziz Othman.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata dalam beberapa jam selepas kejadian kebakaran itu, kakitangan PGB dan penduduk tempatan turun padang ke&nbsp;Masjid Putra Heights dan hospital berdekatan untuk membantu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kira-kira 30 orang tampil ke hadapan pada hari raya kedua untuk membantu menguruskan pusat pemindahan dan menyokong mangsa. Kami juga menghantar pasukan ke hospital kerana beberapa mangsa melecur mendapatkan rawatan,&#8221; kata Abdul Aziz ketika ditemui Bernama baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sokongan kewangan dan pemulihan dilakukan dengan pantas&nbsp;apabila PGB mengeluarkan RM2.7 juta dalam bentuk wang tunai dan bantuan perubatan pada minggu pertama kejadian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami juga menyalurkan RM25 juta menerusi Kementerian Kewangan serta&nbsp;Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membaiki rumah-rumah&nbsp;di Putra Heights dan Kampung Tengah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>PGB juga bekerjasama rapat dengan KPKT bagi memastikan keluarga dapat pulang secepat mungkin.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Bagaimana ia berlaku<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Saluran paip Putra Heights, dibina beberapa dekad lepas&nbsp;apabila kawasan itu sebahagian besarnya belum dibangunkan, tertanam&nbsp;kira-kira dua meter di bawah tanah dan telah beroperasi dengan selamat selama hampir 40 tahun, bagaimanapun&nbsp;dari semasa ke semasa, persekitaran di sekelilingnya berubah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Faktor antropogenik dan aktiviti dilakukan manusia mengganggu aliran air semula jadi dan melemahkan tanah liat di bawah saluran paip. Paip kami telah stabil selama hampir empat dekad tetapi tanah menjadi lembut pada titik terendah, menyebabkan ia terjejas,&#8221; kata Abdul Aziz.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila paip dipisahkan, gas bertekanan tinggi dibebaskan seterusnya menyebabkan kebakaran&nbsp;dan menghasilkan&nbsp;api&nbsp;besar yang dilihat oleh penduduk berhampiran.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Penulis berada di lokasi kejadian&nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Penulis mendapat berita itu pada pagi hari kedua Hari Raya Aidilfitri, suasana&nbsp;masih meriah dan penulis sedang bersiap untuk melawat saudara-mara apabila berita tergempar&nbsp;mengenai&nbsp;letupan di Putra Heights&nbsp;disiarkan di televisyen.<\/p>\n\n\n\n<p>Lokasi kejadian kelihatan&nbsp;jauh pada mulanya tetapi dalam perjalanan ke rumah terbuka makcik penulis di Puncak Alam, adik-beradik&nbsp;perempuan penulis&nbsp;sudah mula bercakap mengenai&nbsp;skala letupan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjelang tengah hari, ketika penulis&nbsp;sedang menikmati hidangan juadah raya, telefon saya berbunyi, mesej daripada editor eksekutif&nbsp;meminta penulis untuk&nbsp;bersiap sedia.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa minit kemudian, satu lagi arahan meminta penulis&nbsp;menuju ke Masjid Putra Heights yang telah diubah suai menjadi&nbsp;pusat pemindahan sementara untuk mangsa kerana&nbsp;Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas&nbsp;Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz&nbsp;dijangka mengadakan sidang media.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas&nbsp;menghabiskan makanan, penulis membawa salah&nbsp;seorang ahli keluarga&nbsp;bersama dan memandu ke Putra Heights,&nbsp;tiba kira-kira setengah jam kemudian dan melihat keadaan sekeliling yang suram.<\/p>\n\n\n\n<p>Dewan di masjid tersebut telah dibersihkan untuk keluarga ditempatkan di sana kerana rumah&nbsp;mereka mengalami kerosakan selepas kejadian letupan paip gas, penulis melihat ada&nbsp;mangsa mengalami luka ringan; seorang lelaki tua bergerak perlahan dengan bantuan&nbsp;dan seorang lelaki kurang upaya berbaring&nbsp;di atas tikarnya serta seorang&nbsp;Ibu menjaga&nbsp;anak-anaknya yang gelisah.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada suasana sambutan Hari Raya di masjid itu, hanya wajah keletihan dengan&nbsp;pakaian yang ringkas.<\/p>\n\n\n\n<p>Wartawan dan jurugambar sudah pun bertemu dan menemu bual&nbsp;beberapa keluarga, mendengar akaun, mengumpul butiran, dan menunggu kemas kini daripada pegawai yang berkaitan untuk memberi kenyataan terhadap insiden berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membuat lawatan singkat, bercakap kepada penduduk dan para pegawai tetapi sidang media yang dijadualkan bersama Tengku Muhammad Taufik dibatalkan kerana beliau dikehendaki memberi taklimat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di lokasi letupan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain taklimat teknikal dan lain-lain, penulis terkesan&nbsp;melihat&nbsp;kehidupan penduduk yang terlibat dengan insiden letupan gas di kawasan perumahan mereka&nbsp;terganggu secara tiba-tiba, mereka sepatutnya menyambut hari raya bagaimanapun ditempatkan di sana buat sementara dikelilingi orang yang tidak dikenali dan memikirkan&nbsp;langkah seterusnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Suasana di pusat penempatan sementara itu&nbsp;kekal dalam ingatan penulis, memberi peringatan bahawa perancangan keselamatan bukanlah satu langkah&nbsp;abstrak, apabila berlaku sesuatu ia memberi kesan yang sangat mendalam.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Rangkaian Kompleks, Pemantauan&nbsp;Berterusan&nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Aziz menekankan bahawa sistem saluran paip PGB sepanjang 2,000km sentiasa dipantau dengan teliti menggunakan teknologi yang sudah dibuktikan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami menjalankan program pemeriksaan dikenali sebagai Geopig &#8211; singkatan bagi Tolok Pemeriksaan Saluran Paip. Ia merupakan peranti pintar yang bergerak di dalam saluran paip, membuat pemetaan pada setiap meter untuk mengesan pergerakan atau penipisan dinding paip,\u201d tambahnya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Aziz berkata PGB telah melengkapkan pemeriksaan pada hampir keseluruhan sistem, dan setakat ini, tiada kebimbangan ketara ditemui.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, syarikat tersebut turut menggunakan peralatan kebocoran fluks magnet&nbsp;dan \u2018peranti&nbsp;pintar\u2019 lain untuk mengukur ketebalan paip dan mengenal pasti hakisan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami sudah biasa menjalankan pembersihan atau \u2018pigging\u2019 menggunakan peralatan khas. Kami telah menggunakan peranti ini untuk memeriksa kehilangan logam dan mengesan kebocoran selama 40 tahun. Peranti terbaharu kami turut memantau pergerakan tanah di sekeliling paip,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Aziz menambah bahawa PGB kini meneroka penyelesaian lebih maju, seperti pengawasan berasaskan satelit, kecerdasan buatan, dan platform digital untuk menyediakan syarikat itu dengan cerapan masa nyata.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBiasanya, industri tidak menggunakan peralatan ini bagi saluran paip, tetapi kami ingin menggunakannya bagi meningkatkan keselamatan,\u201d katanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, setiap pejabat wilayah mempunyai pasukan keselamatan yang sentiasa dalam keadaan siap sedia&nbsp;dan bilik kawalan PGB menerima makluman&nbsp;24\/7.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap panggilan ke&nbsp;nombor kecemasan kami dijawab, dan dalam tempoh dua jam pasukan tindak balas boleh&nbsp;berada di lokasi,\u201d kata Abdul Aziz.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kesedaran Masyarakat dan Pendidikan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Di samping pendekatan teknikal, PGB juga melabur dalam orang ramai bagi membantu masyarakat yang terjejas daripada insiden Putra Heights.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami membuka pusat perundingan dengan bantuan Hospital Putrajaya bagi keluarga yang terjejas, melancarkan sokongan kesihatan mental dan daya tahan, dan mewujudkan program ANA &#8211; Kesedaran dan Tindakan &#8211; melibatkan komuniti yang tinggal berhampiran laluan kami.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemua sesi ini memberi penjelasan mengenai perkara yang perlu diketahui apabila tinggal berhampiran laluan gas, cara bertindak ketika kecemasan, dan bagaimana penduduk boleh membantu memastikan laluan ini&nbsp; selamat,\u201d kata Abdul Aziz.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mendedahkan bahawa kebanyakan penduduk tidak mengetahui apa yang terdapat di kawasan bawah tanah tempat tinggal mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLaluan kami ialah kira-kira 40 meter lebar dan biasanya tidak mempunyai sebarang struktur, tetapi apabila bandar&nbsp;semakin berkembang, pembangunan juga semakin hampir. Oleh itu, kesedaran adalah kritikal &#8211; semakin ramai orang mengetahuinya, semua orang akan lebih selamat,\u201d kata Abdul Aziz.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Satu Pengajaran dan Maju ke Hadapan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, bagi PGB, insiden itu bukan sekadar satu cabaran operasi tetapi saat pembelajaran bagi industri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa tidak pernah berlaku sebelum ini.&nbsp;Dalam tempoh 40 tahun kami mengendalikan saluran paip, tiada peristiwa seperti ini pernah berlaku. Tetapi kami sedang belajar dan menyesuaikan diri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami akan terus melabur dalam teknologi baharu dan merapatkan hubungan dengan masyarakat supaya infrastruktur dan komuniti boleh bersama-sama menjaga keselamatan,\u201d kata Abdul Aziz.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menekankan keperluan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemaju dan pemilik rumah.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaluran paip kami mesti diutamakan. Tetapi hari ini, pembangunan semakin hampir dengan koridor kami, kadangkala tanpa input daripada kami. Tiada undang-undang yang memerlukan pemaju memaklumkan&nbsp;pembeli bahawa mereka berada hampir dengan utiliti,\u201d katanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun PGB tidak boleh mengawal pembangunan bandar, Abdul Aziz percaya pengajaran daripada Putra Heights boleh mengukuhkan perancangan dan keselamatan masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeutamaan sekarang ialah memulihkan kehidupan dan kediaman. Bagaimanapun, menuju ke masa hadapan, insiden ini telah mengingatkan semua pihak, seperti pengendali, pengawal selia, pemaju dan penduduk, bahawa keselamatan dikongsi bersama. Pembangunan mesti disusuli dengan pengetahuan dan tanggungjawab,\u201d katanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Aziz berkata infrastruktur kritikal dan komuniti yang berkembang maju boleh wujud bersama, tetapi ia memerlukan perancangan, kesedaran dan kerjasama.&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 1 Sept &#8212; Apabila saluran paip Petronas Gas Bhd (PGB) meletup\u00a0di Putra Heights semasa cuti Hari Raya Aidilfitri, mengeluarkan\u00a0bebola api ratusan meter ke udara, ia merupakan peringatan yang jelas mengenai\u00a0bagaimana pembangunan moden dan infrastruktur kritikal mesti seiringan\u00a0dengan selamat. Bagi PGB, keutamaan pertama adalah rakyat, dan tumpuannya&nbsp;adalah pada keselamatan, melindungi penduduk, mengawal kebakaran dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5244,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16,27],"tags":[],"class_list":{"0":"post-55067","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-bisnes","8":"category-berita-terkini"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Insiden Putra Heights: Mengimbangkan Keselamatan Dan Pembangunan Di Bandar - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Insiden Putra Heights: Mengimbangkan Keselamatan Dan Pembangunan Di Bandar - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 1 Sept &#8212; Apabila saluran paip Petronas Gas Bhd (PGB) meletup\u00a0di Putra Heights semasa cuti Hari Raya Aidilfitri, mengeluarkan\u00a0bebola api ratusan meter ke udara, ia merupakan peringatan yang jelas mengenai\u00a0bagaimana pembangunan moden dan infrastruktur kritikal mesti seiringan\u00a0dengan selamat. Bagi PGB, keutamaan pertama adalah rakyat, dan tumpuannya&nbsp;adalah pada keselamatan, melindungi penduduk, mengawal kebakaran dan [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-09-01T03:08:14+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2025-09-01T03:08:15+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/putra01-1920x1377.jpg.webp\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1920\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"1377\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/webp\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"6 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/\",\"name\":\"Insiden Putra Heights: Mengimbangkan Keselamatan Dan Pembangunan Di Bandar - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/putra01-1920x1377.jpg.webp\",\"datePublished\":\"2025-09-01T03:08:14+00:00\",\"dateModified\":\"2025-09-01T03:08:15+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/putra01-1920x1377.jpg.webp\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/putra01-1920x1377.jpg.webp\",\"width\":1920,\"height\":1377},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Insiden Putra Heights: Mengimbangkan Keselamatan Dan Pembangunan Di Bandar\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Insiden Putra Heights: Mengimbangkan Keselamatan Dan Pembangunan Di Bandar - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Insiden Putra Heights: Mengimbangkan Keselamatan Dan Pembangunan Di Bandar - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 1 Sept &#8212; Apabila saluran paip Petronas Gas Bhd (PGB) meletup\u00a0di Putra Heights semasa cuti Hari Raya Aidilfitri, mengeluarkan\u00a0bebola api ratusan meter ke udara, ia merupakan peringatan yang jelas mengenai\u00a0bagaimana pembangunan moden dan infrastruktur kritikal mesti seiringan\u00a0dengan selamat. Bagi PGB, keutamaan pertama adalah rakyat, dan tumpuannya&nbsp;adalah pada keselamatan, melindungi penduduk, mengawal kebakaran dan [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2025-09-01T03:08:14+00:00","article_modified_time":"2025-09-01T03:08:15+00:00","og_image":[{"width":1920,"height":1377,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/putra01-1920x1377.jpg.webp","type":"image\/webp"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"6 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/","name":"Insiden Putra Heights: Mengimbangkan Keselamatan Dan Pembangunan Di Bandar - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/putra01-1920x1377.jpg.webp","datePublished":"2025-09-01T03:08:14+00:00","dateModified":"2025-09-01T03:08:15+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/putra01-1920x1377.jpg.webp","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/putra01-1920x1377.jpg.webp","width":1920,"height":1377},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/insiden-putra-heights-mengimbangkan-keselamatan-dan-pembangunan-di-bandar\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Insiden Putra Heights: Mengimbangkan Keselamatan Dan Pembangunan Di Bandar"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55067","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=55067"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55067\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":55068,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/55067\/revisions\/55068"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5244"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=55067"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=55067"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=55067"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}