{"id":5941,"date":"2025-04-04T11:32:41","date_gmt":"2025-04-04T03:32:41","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=5941"},"modified":"2025-04-04T11:32:43","modified_gmt":"2025-04-04T03:32:43","slug":"pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/","title":{"rendered":"PAC Teruskan Lima Lagi Prosiding Tertutup Sebelum Bentang Laporan Di Dewan Rakyat"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 4 April\u00a0&#8212;\u00a0Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan lima lagi prosiding tertutup bulan ini berhubung peningkatan bayaran premium insurans kesihatan, caj hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam sebelum\u00a0menyediakan laporan penuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli PAC Sim Tze Tzin berkata laporan penuh itu&nbsp;dijangka&nbsp;dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada&nbsp;Jun depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya,&nbsp;sejak Februari lepas, sebanyak dua sesi pendengaran awam dan&nbsp;12 prosiding tertutup telah dilaksanakan membabitkan pelbagai pihak berkepentingan seperti Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Kesihatan (KKM)&nbsp;dan Bank Negara Malaysia (BNM).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPAC akan&nbsp;memanggil beberapa lagi pihak berkepentingan seperti BNM (buat kali kedua) dan Majlis Perubatan Malaysia selepas raya, bertujuan untuk penambahbaikan syor,\u201d katanya kepada Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga&nbsp;Ahli Parlimen Bayan Baru berkata secara keseluruhannya, sejumlah&nbsp;17 prosiding dan dua sesi pendengaran awam diadakan&nbsp;bagi mendengar sendiri maklum balas daripada rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga&nbsp;tidak terkawal oleh hospital swasta dan pihak&nbsp;insurans.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKemudian pada bulan Mei, kami akan membuat persiapan laporan secara terperinci dan menyeluruh sebelum&nbsp;dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami berharap laporan tersebut boleh&nbsp;membantu kerajaan membuat polisi atau&nbsp;dasar yang membantu rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat ini terdapat beberapa penambahbaikan yang telah dilakukan kerajaan seperti mewajibkan fasiliti kesihatan swasta untuk memaparkan harga ubat bermula 1 Mei&nbsp;selaras dengan dasar ketelusan harga dalam perkhidmatan kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata dengan cara tersebut&nbsp;caj ubat-ubatan dalam tuntutan insurans boleh disemak supaya harga ubat tidak melebihi harga yang dipaparkan dan caj ubat-ubatan tidak sewenang-wenangnya dinaikkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak tahun lepas, industri insurans dan takaful menjadi&nbsp;tumpuan&nbsp;berikutan premium perubatan yang naik mendadak&nbsp;yang dilaporkan antara 40-70 peratus, berikutan dakwaan&nbsp;kos perubatan yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Isu ini menarik perhatian Perdana Menteri&nbsp;Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan BNM&nbsp;dan Kementerian Kesihatan untuk membuat keputusan mengenai mekanisme kawalan bagi memastikan kenaikan premium adalah wajar dan tidak membebankan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru pada Disember lepas, BNM telah mengumumkan empat langkah interim iaitu sokongan sementara bagi membantu menangani&nbsp;kesan pelarasan premium insurans dan takaful perubatan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya adalah melaksanakan pelarasan premium secara pengagihan sekurang-kurangnya selama tiga tahun sehingga akhir 2026&nbsp;dan penangguhan sementara pelarasan premium pemegang polisi berumur 60 tahun ke atas selama setahun&nbsp;dari ulang tahun polisi mereka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 4 April\u00a0&#8212;\u00a0Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan lima lagi prosiding tertutup bulan ini berhubung peningkatan bayaran premium insurans kesihatan, caj hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam sebelum\u00a0menyediakan laporan penuh. Ahli PAC Sim Tze Tzin berkata laporan penuh itu&nbsp;dijangka&nbsp;dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada&nbsp;Jun depan. Menurutnya,&nbsp;sejak Februari lepas, sebanyak dua sesi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5942,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16,29],"tags":[],"class_list":{"0":"post-5941","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-bisnes","8":"category-pilihan-editor"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>PAC Teruskan Lima Lagi Prosiding Tertutup Sebelum Bentang Laporan Di Dewan Rakyat - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"PAC Teruskan Lima Lagi Prosiding Tertutup Sebelum Bentang Laporan Di Dewan Rakyat - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 4 April\u00a0&#8212;\u00a0Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan lima lagi prosiding tertutup bulan ini berhubung peningkatan bayaran premium insurans kesihatan, caj hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam sebelum\u00a0menyediakan laporan penuh. Ahli PAC Sim Tze Tzin berkata laporan penuh itu&nbsp;dijangka&nbsp;dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada&nbsp;Jun depan. Menurutnya,&nbsp;sejak Februari lepas, sebanyak dua sesi [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-04-04T03:32:41+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2025-04-04T03:32:43+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-2025-04-04-at-11.31.40-AM.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1332\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"874\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/png\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"2 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/\",\"name\":\"PAC Teruskan Lima Lagi Prosiding Tertutup Sebelum Bentang Laporan Di Dewan Rakyat - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-2025-04-04-at-11.31.40-AM.png\",\"datePublished\":\"2025-04-04T03:32:41+00:00\",\"dateModified\":\"2025-04-04T03:32:43+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-2025-04-04-at-11.31.40-AM.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-2025-04-04-at-11.31.40-AM.png\",\"width\":1332,\"height\":874},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"PAC Teruskan Lima Lagi Prosiding Tertutup Sebelum Bentang Laporan Di Dewan Rakyat\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"PAC Teruskan Lima Lagi Prosiding Tertutup Sebelum Bentang Laporan Di Dewan Rakyat - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"PAC Teruskan Lima Lagi Prosiding Tertutup Sebelum Bentang Laporan Di Dewan Rakyat - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 4 April\u00a0&#8212;\u00a0Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan lima lagi prosiding tertutup bulan ini berhubung peningkatan bayaran premium insurans kesihatan, caj hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam sebelum\u00a0menyediakan laporan penuh. Ahli PAC Sim Tze Tzin berkata laporan penuh itu&nbsp;dijangka&nbsp;dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada&nbsp;Jun depan. Menurutnya,&nbsp;sejak Februari lepas, sebanyak dua sesi [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2025-04-04T03:32:41+00:00","article_modified_time":"2025-04-04T03:32:43+00:00","og_image":[{"width":1332,"height":874,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-2025-04-04-at-11.31.40-AM.png","type":"image\/png"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"2 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/","name":"PAC Teruskan Lima Lagi Prosiding Tertutup Sebelum Bentang Laporan Di Dewan Rakyat - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-2025-04-04-at-11.31.40-AM.png","datePublished":"2025-04-04T03:32:41+00:00","dateModified":"2025-04-04T03:32:43+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-2025-04-04-at-11.31.40-AM.png","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Screenshot-2025-04-04-at-11.31.40-AM.png","width":1332,"height":874},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pac-teruskan-lima-lagi-prosiding-tertutup-sebelum-bentang-laporan-di-dewan-rakyat\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"PAC Teruskan Lima Lagi Prosiding Tertutup Sebelum Bentang Laporan Di Dewan Rakyat"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5941","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5941"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5941\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5945,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5941\/revisions\/5945"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5942"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5941"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5941"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5941"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}