{"id":60581,"date":"2025-09-18T15:46:41","date_gmt":"2025-09-18T07:46:41","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=60581"},"modified":"2025-09-18T15:46:45","modified_gmt":"2025-09-18T07:46:45","slug":"universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/","title":{"rendered":"Universiti Jambatan Perkukuh Hubungan Antarabangsa &#8211; Raja Muda Perlis"},"content":{"rendered":"\n<p>JAKARTA, 18 Sept &#8212; Universiti harus berperanan sebagai\u00a0jambatan kepada pengukuhan hubungan antarabangsa, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginda yang juga Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah pendidikan mampu memperkukuh hubungan serantau, memacu pembangunan berteraskan ilmu, serta menyumbang kepada kemajuan ummah dan kesejahteraan global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia, khususnya Perlis&nbsp;amat mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan institusi pengajian di luar negara&nbsp;sekali gus melahirkan graduan berkemahiran tinggi, inovatif, berfikiran kritis, serta mampu memberi impak kepada masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ilmu yang diperoleh di bilik kuliah perlu diperkayakan dengan pengalaman lintas budaya, jaringan antarabangsa, serta sikap terbuka terhadap kepelbagaian,&#8221; titah baginda pada program sempena&nbsp;<em>UniMAP International Leadership Mobility 2025<\/em>&nbsp;di Universitas Mercu Buana (UMB)&nbsp;di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil&nbsp;yang juga Tuanku Pro Canselor UniMAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Rektor UMB&nbsp;Prof Dr Ir Andi Adriansyah serta para&nbsp;<em>dosen<\/em>&nbsp;(tenaga pengajar) serta para&nbsp;pelajar universiti berkenaan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah lawatan itu membuka ruang kerjasama baharu antara UniMAP dan UMB dalam pelbagai bidang, antaranya pertukaran akademik melibatkan pelajar dan pensyarah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selain itu, penyelidikan bersama dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat, pengurusan serta komunikasi dan juga perkongsian kepakaran industri mampu memberi manfaat langsung kepada kedua-dua universiti,&#8221; titah baginda.<\/p>\n\n\n\n<p>UMB mempunyai reputasi cemerlang sebagai sebuah universiti swasta yang berdaya saing, berorientasikan industri, dan progresif dalam mempersiapkan&nbsp;generasi muda untuk pasaran kerja global.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hubungan antara UniMAP dan UMB ini diharap bukan sekadar menjalin memorandum atau persefahaman rasmi, tetapi benar-benar dilaksanakan melalui program yang memberi nilai tambah kepada pelajar, tenaga akademik, dan masyarakat kedua-dua negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kepada para mahasiswa, khususnya dari Malaysia dan Indonesia, saya ingin berpesan supaya manfaatkanlah peluang kolaborasi ini dengan penuh kesungguhan,&#8221; titah baginda.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginda turut menasihatkan supaya&nbsp;para mahasiswa menjadi generasi yang bukan sahaja bijak dan berkemahiran, malah memiliki kepimpinan, disiplin, serta nilai kemanusiaan yang tinggi.&nbsp;<br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JAKARTA, 18 Sept &#8212; Universiti harus berperanan sebagai\u00a0jambatan kepada pengukuhan hubungan antarabangsa, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Baginda yang juga Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah pendidikan mampu memperkukuh hubungan serantau, memacu pembangunan berteraskan ilmu, serta menyumbang kepada kemajuan ummah dan kesejahteraan global. \u201cMalaysia, khususnya Perlis&nbsp;amat mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":60583,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[29,27],"tags":[],"class_list":{"0":"post-60581","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-pilihan-editor","8":"category-berita-terkini"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Universiti Jambatan Perkukuh Hubungan Antarabangsa - Raja Muda Perlis - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Universiti Jambatan Perkukuh Hubungan Antarabangsa - Raja Muda Perlis - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"JAKARTA, 18 Sept &#8212; Universiti harus berperanan sebagai\u00a0jambatan kepada pengukuhan hubungan antarabangsa, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Baginda yang juga Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah pendidikan mampu memperkukuh hubungan serantau, memacu pembangunan berteraskan ilmu, serta menyumbang kepada kemajuan ummah dan kesejahteraan global. \u201cMalaysia, khususnya Perlis&nbsp;amat mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-09-18T07:46:41+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2025-09-18T07:46:45+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/77caddbf06aa054e64de10c8aa80184868cbb0702ac3e.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1110\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"694\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"2 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/\",\"name\":\"Universiti Jambatan Perkukuh Hubungan Antarabangsa - Raja Muda Perlis - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/77caddbf06aa054e64de10c8aa80184868cbb0702ac3e.jpg\",\"datePublished\":\"2025-09-18T07:46:41+00:00\",\"dateModified\":\"2025-09-18T07:46:45+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/77caddbf06aa054e64de10c8aa80184868cbb0702ac3e.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/77caddbf06aa054e64de10c8aa80184868cbb0702ac3e.jpg\",\"width\":1110,\"height\":694},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Universiti Jambatan Perkukuh Hubungan Antarabangsa &#8211; Raja Muda Perlis\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Universiti Jambatan Perkukuh Hubungan Antarabangsa - Raja Muda Perlis - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Universiti Jambatan Perkukuh Hubungan Antarabangsa - Raja Muda Perlis - MCI Group","og_description":"JAKARTA, 18 Sept &#8212; Universiti harus berperanan sebagai\u00a0jambatan kepada pengukuhan hubungan antarabangsa, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Baginda yang juga Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah pendidikan mampu memperkukuh hubungan serantau, memacu pembangunan berteraskan ilmu, serta menyumbang kepada kemajuan ummah dan kesejahteraan global. \u201cMalaysia, khususnya Perlis&nbsp;amat mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2025-09-18T07:46:41+00:00","article_modified_time":"2025-09-18T07:46:45+00:00","og_image":[{"width":1110,"height":694,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/77caddbf06aa054e64de10c8aa80184868cbb0702ac3e.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"2 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/","name":"Universiti Jambatan Perkukuh Hubungan Antarabangsa - Raja Muda Perlis - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/77caddbf06aa054e64de10c8aa80184868cbb0702ac3e.jpg","datePublished":"2025-09-18T07:46:41+00:00","dateModified":"2025-09-18T07:46:45+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/77caddbf06aa054e64de10c8aa80184868cbb0702ac3e.jpg","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/77caddbf06aa054e64de10c8aa80184868cbb0702ac3e.jpg","width":1110,"height":694},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/universiti-jambatan-perkukuh-hubungan-antarabangsa-raja-muda-perlis\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Universiti Jambatan Perkukuh Hubungan Antarabangsa &#8211; Raja Muda Perlis"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/60581","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=60581"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/60581\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":60586,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/60581\/revisions\/60586"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/60583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=60581"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=60581"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=60581"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}