{"id":6961,"date":"2025-04-07T09:41:08","date_gmt":"2025-04-07T01:41:08","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=6961"},"modified":"2025-04-07T09:41:10","modified_gmt":"2025-04-07T01:41:10","slug":"pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/","title":{"rendered":"PM Anwar Beri Jaminan Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Meskipun Tarif AS"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 6 April &#8212;\u00a0Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami\u00a0 kemelesetan buat masa ini meskipun\u00a0pelaksanaan\u00a0tarif oleh Amerika Syarikat (AS)\u00a0memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar juga menegaskan Malaysia tidak akan memperkenalkan tarif tindak balas terhadap AS.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jika tarif 24 peratus itu dilaksanakan, dari perspektif ekonomi, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 sebanyak 4.5 &#8211; 5.5 peratus perlu disemak semula.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagaimanapun, buat masa ini, saya beri jaminan&nbsp;bahawa kerajaan tidak menjangkakan kemelesetan di Malaysia,&#8221; kata beliau&nbsp;menerusi satu kenyataan&nbsp;video yang mengulas&nbsp;mengenai isu tarif AS, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar, yang juga Menteri Kewangan&nbsp;berkata asas makroekonomi negara masih kekal kukuh.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata asas makroekonomi Malaysia yang positif disokong&nbsp;oleh perbelanjaan isi rumah yang teguh, pelaburan kukuh domestik, pendapatan pelancongan yang baik&nbsp;dan pelaksanaan pelan induk negara yang berterusan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAsas ekonomi kita&nbsp;yang kukuh ini akan membolehkan kita mengharungi cabaran ini di kedudukan yang teguh dan dalam keadaan bersiap sedia,\u201d kata Perdana Menteri bagi meredakan kebimbangan terhadap tarif&nbsp;dikenakan Presiden Donald Trump ke atas 168 negara yang telah menghuru-harakan&nbsp;pasaran selain memulakan perang perdagangan global selepas China bertindak balas.<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia adalah antara negara yang terkesan oleh&nbsp;tarif&nbsp;AS itu yang mana&nbsp;mulai 5 April, setiap produk Malaysia yang dieksport&nbsp;ke AS akan berdepan sekurang-kurangnya 10 peratus duti dan mulai 9 April, kebanyakan produk akan dikenakan&nbsp;kadar 24 peratus, dengan beberapa pengecualian.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai sebuah negara perdagangan terbuka, Malaysia menganggap keputusan unilateral mengenai tarif timbal balik itu sebagai ancaman utama terhadap&nbsp;sistem perdagangan dan pelaburan global, kata Anwar.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata kerajaan MADANI berpandangan tegas bahawa tarif yang dikenakan ke atas setiap negara yang berdagang dengan AS merupakan penolakan terhadap prinsip perdagangan bebas, tanpa&nbsp;diskriminasi, boleh diramal dan terbuka di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Organisasi ini telah ditubuhkan, antara lainnya oleh&nbsp;AS sendiri pada 1948 melalui Perjanjian Umum mengenai Tarif &amp; Perdagangan (GATT),&#8221; kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Jangkaan impak jangka sederhana hingga jangka panjang yang mencabar<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai salah satu rakan dagang&nbsp;terbesar Amerika&nbsp;di rantau ini dan destinasi utama pelaburan langsung asing yang berpangkalan di AS, kesan jangka pertengahan hingga jangka panjang dijangka&nbsp;mencabar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tarif ini juga telah memberi kesan kepada hampir semua rakan dagang&nbsp;dan pelaburan Malaysia yang lain dan berkemungkinan akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global,&#8221; kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata walaupun beberapa pengecualian sebahagiannya melindungi semikonduktor, yang merupakan kategori eksport terbesar Malaysia ke AS, namun, tarif baharu ini masih akan memberi kesan buruk terhadap banyak industri Malaysia&nbsp;termasuk tekstil, perabot, getah dan plastik.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri berkata kerajaan memahami kebimbangan dan kesukaran yang dihadapi oleh pekerja, pengilang dan perniagaan dalam sektor ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerajaan&nbsp;tekad untuk berusaha gigih&nbsp;menangani&nbsp;dan menyesuaikan diri dengan cabaran ini.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita memandang serius isu tarif ini kerana ia mencabar prinsip asas tanpa diskriminasi yang menyokong peraturan perdagangan global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApatah&nbsp;lagi&nbsp;ia menjejaskan mata pencarian dan keselamatan ekonomi ramai rakyat Malaysia yang bergantung kepada akses terbuka dan adil kepada pasaran antarabangsa,\u201d kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pengiraan tarif 47 peratus Malaysia ke atas import AS tidak tepat<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia menyangkal dakwaan pihak berkuasa AS bahawa negara&nbsp;mengenakan tarif 47 peratus ke atas import AS ke negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar menegaskan asas bagi pengiraan tarif ini pada asasnya tidak tepat&nbsp;yang menyebabkan Malaysia dikenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun begitu, kita akan&nbsp;bertindak&nbsp;dengan&nbsp;tenang, tegas dan berpandukan kepentingan strategik Malaysia, matlamat kita&nbsp;adalah jelas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerajaan&nbsp;komited sepenuhnya untuk mencapai&nbsp;resolusi yang akan mengekalkan akses pasaran yang penting, menarik pelaburan asing yang berterusan, dan menyokong kesejahteraan pekerja dan perniagaan Malaysia,&#8221; kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Ditunjang semangat untuk mengekalkan hubungan positif dan progresif dengan semua rakan dagang, Anwar berkata kerajaan MADANI akan berunding secara konstruktif dengan AS untuk melindungi akses pasaran yang penting, memelihara keyakinan pelabur dan mendapatkan hasil yang adil untuk pengeksport negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pendek kata, kita mesti mencari penyelesaian yang boleh diterima bersama, adil dan saksama untuk masalah ini,&#8221; katanya&nbsp;sambil menambah&nbsp;&#8220;beberapa usaha&nbsp;sudahpun dijalankan.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kementerian perdagangan dan luar negeri kita&nbsp;sedang menganalisis kesan tarif secara terperinci, menjalankan simulasi, berunding dengan pihak berkepentingan merentas industri dan berkomunikasi secara langsung dengan rakan sejawat di&nbsp;AS serta syarikat&nbsp;Amerika yang telah lama beroperasi di Malaysia.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perdagangan kita&nbsp;dibina&nbsp;atas kepelbagaian rangkaian&nbsp;perkongsian serantau dan global yang utuh&nbsp;selama bertahun-tahun &#8211; termasuk melalui ASEAN, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), dan rundingan berterusan dengan Kesatuan Eropah dan mengeratkan hubungan merentas&nbsp;Selatan Global,&#8221; kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata kerajaan telah mengambil beberapa langkah awal untuk menangani impak tarif termasuk penubuhan&nbsp;National Geo-economic Command Centre (NGCC) yang dipengerusikan beliau.<br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 6 April &#8212;\u00a0Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami\u00a0 kemelesetan buat masa ini meskipun\u00a0pelaksanaan\u00a0tarif oleh Amerika Syarikat (AS)\u00a0memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan. Anwar juga menegaskan Malaysia tidak akan memperkenalkan tarif tindak balas terhadap AS.&nbsp; &#8220;Jika tarif 24 peratus itu dilaksanakan, dari perspektif ekonomi, unjuran pertumbuhan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6687,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16,35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-6961","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-bisnes","8":"category-berita-dunia"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>PM Anwar Beri Jaminan Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Meskipun Tarif AS - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"PM Anwar Beri Jaminan Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Meskipun Tarif AS - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 6 April &#8212;\u00a0Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami\u00a0 kemelesetan buat masa ini meskipun\u00a0pelaksanaan\u00a0tarif oleh Amerika Syarikat (AS)\u00a0memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan. Anwar juga menegaskan Malaysia tidak akan memperkenalkan tarif tindak balas terhadap AS.&nbsp; &#8220;Jika tarif 24 peratus itu dilaksanakan, dari perspektif ekonomi, unjuran pertumbuhan [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-04-07T01:41:08+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2025-04-07T01:41:10+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/201911111211_1.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1024\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"683\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"4 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/\",\"name\":\"PM Anwar Beri Jaminan Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Meskipun Tarif AS - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/201911111211_1.jpg\",\"datePublished\":\"2025-04-07T01:41:08+00:00\",\"dateModified\":\"2025-04-07T01:41:10+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/201911111211_1.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/201911111211_1.jpg\",\"width\":1024,\"height\":683},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"PM Anwar Beri Jaminan Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Meskipun Tarif AS\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"PM Anwar Beri Jaminan Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Meskipun Tarif AS - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"PM Anwar Beri Jaminan Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Meskipun Tarif AS - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 6 April &#8212;\u00a0Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami\u00a0 kemelesetan buat masa ini meskipun\u00a0pelaksanaan\u00a0tarif oleh Amerika Syarikat (AS)\u00a0memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan. Anwar juga menegaskan Malaysia tidak akan memperkenalkan tarif tindak balas terhadap AS.&nbsp; &#8220;Jika tarif 24 peratus itu dilaksanakan, dari perspektif ekonomi, unjuran pertumbuhan [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2025-04-07T01:41:08+00:00","article_modified_time":"2025-04-07T01:41:10+00:00","og_image":[{"width":1024,"height":683,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/201911111211_1.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"4 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/","name":"PM Anwar Beri Jaminan Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Meskipun Tarif AS - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/201911111211_1.jpg","datePublished":"2025-04-07T01:41:08+00:00","dateModified":"2025-04-07T01:41:10+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/201911111211_1.jpg","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/201911111211_1.jpg","width":1024,"height":683},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/pm-anwar-beri-jaminan-malaysia-tidak-akan-alami-kemelesetan-meskipun-tarif-as\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"PM Anwar Beri Jaminan Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Meskipun Tarif AS"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6961","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6961"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6961\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6962,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6961\/revisions\/6962"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6687"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6961"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6961"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6961"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}