{"id":7829,"date":"2025-04-09T17:23:39","date_gmt":"2025-04-09T09:23:39","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=7829"},"modified":"2025-04-09T17:23:41","modified_gmt":"2025-04-09T09:23:41","slug":"tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/","title":{"rendered":"Tarif, Trump Dan Dagangan : Mengapa Malaysia Perlu Bertahan Berbanding Tindak Balas"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 9\u00a0April &#8212; Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif ke atas eksport Malaysia baru-baru ini hanya membuktikan pusingan \u2018tajam\u2019 dalam diplomasi ekonomi global dan antara simptom\u00a0yang memburukkan lagi kegelisahan geopolitik.<\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran semula&nbsp;Donald Trump mendiami Rumah Putih, turut memaksa dunia untuk sekali lagi melakukan penyesuaian dengan label&nbsp;nasionalisme laungannya&nbsp;yang jelas menggabungkan perdagangan dengan leveraj,&nbsp;diplomasi dan dominasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun tarif-tarif ini berkemungkinan dipaparkan secara&nbsp;terma ekonomi, semua ini sebaliknya harus diterjemahkan menerusi lensa geopolitik.<\/p>\n\n\n\n<p>Perang perdagangan, sepertimana ketenteraan, jarang sekali berkisar mengenai apa yang didakwa. Realitinya, ia adalah instrumen pengaruh, dikerah bukan hanya untuk melindungi industri domestik, tetapi membentuk tingkah laku global.<\/p>\n\n\n\n<p>Kuasa-kuasa besar ini beroperasi dengan cara berbeza. Mereka tidak hanya mempunyai kemampuan melancarkan perang ketenteraan atau ekonomi, tetapi juga ketahanan bagi menyerap kosnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, bebanan yang terbentang&nbsp;jarang bersertakan keadilan bersama. Sebaliknya, rakyat biasa, tidak kiralah di dalam negara mahupun luar negara, yang harus membayar risikonya.<\/p>\n\n\n\n<p>AS di bawah pemerintahan Trump menyaksikan&nbsp;tarif bukan sekadar dasar, tetapi menjadi pentas atau teater mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia turut menjadi satu deklarasi bahawa AS tidak lagi bertolak ansur mengenai kebergantungan ekonomi walaupun ini sebenarnya hanya&nbsp;mengundang padah jangka pendek untuk kalangan pengguna negara maju itu sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran semula Trump telah membangkitkan semula doktrin \u201cMake America Great Again&#8221; (Jadikan AS Hebat Semula) yang bertujuan membentuk semula rantaian bekalan global selain memusnahkan apa yang beliau anggap sebagai amalan perdagangan tidak adil.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Asakan tekanan tarif<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sudut pandang&nbsp;dunia sedemikian&nbsp;hanya menyebabkan negara-negara seperti Malaysia, tidak terkecuali daripada tekanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Logiknya pula transaksional &#8212; jika anda menjual terlalu banyak kepada AS, anda akan dihukum tanpa mengambil kira kewujudan hubungan yang sudah lama terjalin atau bersandarkan kepentingan bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Malaysia yang juga sebuah negara perdagangan berdasarkan kelaziman dan keperluan, implikasinya adalah serius.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah misalnya&nbsp;telah membuktikan pengalaman kita terperangkap dalam kesan tsunami ekonomi global.<\/p>\n\n\n\n<p>Sewaktu tempoh \u201cGreat Depression\u201d (Zaman Meleset) pada&nbsp;1930-an, Akta Tarif Smoot-Hawley AS telah mencetuskan tindak balas global.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanah Melayu atau Malaya ketika itu,&nbsp;merupakan pengeksport utama getah dan timah,&nbsp;terjejas teruk susulan kemerosotan permintaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini, hampir seabad kemudiannya, Malaysia berdepan implikasi sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, sekarang bukanlah 1930. Ekonomi global kini lebih saling bergantung manakala peranan Malaysia juga lebih sofistikated.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada hari ini, kita mengeksport bukan sahaja komoditi mentah tetapi komponen bernilai tinggi yang menghidupkan kuasa teknologi global.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah,&nbsp;67 peratus daripada eksport berkaitan semikonduktor Malaysia, telah dikecualikan daripada tarif berkadar 24 peratus yang baharu diumumkan dan hanya satu peratus eksport minyak sawit kita menerima kesannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, negara-negara jiran seperti&nbsp;Vietnam, Kemboja dan Laos dikenakan tarif menyeluruh sebanyak 46 peratus ke atas sektor-sektor utama.<\/p>\n\n\n\n<p>Mesejnya jelas &#8212; Malaysia disiku, bukan dihukum. Namun, asakan tekanannya tetap nyata.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Gesaan bertahan, bukan tindak balas<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berada dalam kedudukan unik membentuk&nbsp;&nbsp;tindak balas serantau yang bukan menerusi saluran konfrontasi, tetapi pendekatan yang lebih tenang. Ini adalah tempoh untuk bertahan, bukannya membalas semula.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah tindak balas sedemikian harus ditolak, kerana jarang sekali ada pihak yang menang dalam&nbsp;memerangi&nbsp;tarif, malah&nbsp;kuasa pertengahan seperti Malaysia lebih terdedah mendapat kerugian daripada keuntungan.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, tindak balas dengan cara lebih tenang bukanlah satu bentuk kelemahan, tetapi kematangan strategik.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita juga harus&nbsp;mencabar naratif ringkas &#8216;lebihan&#8217; perdagangan Malaysia dengan AS&nbsp;yang sering didakwa sebanyak&nbsp;US$24 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>Angka itu mengetepikan aliran kritikal dalam perkhidmatan dan perdagangan digital&nbsp;dengan syarikat&nbsp;AS menikmati kelebihan besar. Syarikat seperti Netflix, Amazon, Meta (Facebook), dan pelbagai platform dalam talian yang lain mendominasi penggunaan digital Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah eksport yang tidak diambil kira yang memberi manfaat kepada AS dari segi ekonomi, walaupun ia tidak dipaparkan dalam data perdagangan tradisional.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemahaman ini harus menjadi bimbingan dalam menggunakan&nbsp;pendekatan diplomatik Malaysia terhadap AS.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbanding melaksanakan pendekatan yang berpaksikan undang-undang di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun dan membuahkan hasil tidak sepertimana&nbsp; diharapkan,&nbsp;Malaysia harus melibatkan AS melalui dialog yang tenang dan secara berterusan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saluran dua hala, disokong oleh data dan pragmatisme dilihat menawarkan laluan terbaik bagi mencapai tujuan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Di peringkat dalam negera, sektor yang disasarkan seperti perabot, tekstil dan komoditi tertentu yang tidak dilindungi oleh pengecualian, mungkin terjejas. Industri-industri ini mengupah&nbsp;sejumlah besar rakyat Malaysia dan mungkin menjadi sensitif dari segi politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, terdapat potensi untuk sektor baharu seperti tenaga solar&nbsp;yang mendapat galakan&nbsp;oleh dasar perindustrian pentadbiran Trump&nbsp;dan boleh dikembangkan&nbsp;di AS, sekali gus dapat mengatasi isu tarif dan meraih manfaat daripada insentif baharu.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Haluan masa depan Malaysia<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Secara ringkasnya, Malaysia tidak boleh menganggap tarif ini sebagai satu bentuk penghinaan peribadi atau ultimatum iaitu kata dua geopolitik.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia adalah sebahagian daripada strategi yang mencerminkan kepentingan AS dalam penguasaan ekonomi dan meluaskan pengaruhnya secara strategik.<\/p>\n\n\n\n<p>AS di bawah pimpinan Trump bersifat transaksional, tetapi bukan sepenuhnya di luar jangkaan, kerana memberi leveraj kepada pihak yang patuh kepada dasarnya&nbsp;dengan manfaat apabila dalam keadaan yang lebih tenang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Malaysia, jalan terbaik untuk maju adalah dengan kekal teguh, berprinsip dan berwaspada.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia harus mengelak provokasi yang mahu menjadikan perkara ini sebagai isu blok.<\/p>\n\n\n\n<p>Perpaduan ASEAN belum jitu dan kuasa luar yang akan mendapat manfaat daripada cubaan mengubah pergeseran ekonomi menjadi isu serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam dunia yang dibentuk oleh hegemoni berpecah-belah dan kebangkitan semula nasionalisme, kuasa pertengahan seperti Malaysia harus&nbsp;mengemudi isu tarif ini dengan lebih cerdas.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini bermakna memilih diplomasi berbanding drama, tenang berbanding konfrontasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah kuasa besar ini dengan lagak mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia sebaliknya perlu berperanan memimpin dengan tenaga kekuatan serba tenang serta kebijaksanaan strategik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 9\u00a0April &#8212; Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif ke atas eksport Malaysia baru-baru ini hanya membuktikan pusingan \u2018tajam\u2019 dalam diplomasi ekonomi global dan antara simptom\u00a0yang memburukkan lagi kegelisahan geopolitik. Kehadiran semula&nbsp;Donald Trump mendiami Rumah Putih, turut memaksa dunia untuk sekali lagi melakukan penyesuaian dengan label&nbsp;nasionalisme laungannya&nbsp;yang jelas menggabungkan perdagangan dengan leveraj,&nbsp;diplomasi dan dominasi. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6632,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16,35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-7829","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-bisnes","8":"category-berita-dunia"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Tarif, Trump Dan Dagangan : Mengapa Malaysia Perlu Bertahan Berbanding Tindak Balas - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Tarif, Trump Dan Dagangan : Mengapa Malaysia Perlu Bertahan Berbanding Tindak Balas - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 9\u00a0April &#8212; Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif ke atas eksport Malaysia baru-baru ini hanya membuktikan pusingan \u2018tajam\u2019 dalam diplomasi ekonomi global dan antara simptom\u00a0yang memburukkan lagi kegelisahan geopolitik. Kehadiran semula&nbsp;Donald Trump mendiami Rumah Putih, turut memaksa dunia untuk sekali lagi melakukan penyesuaian dengan label&nbsp;nasionalisme laungannya&nbsp;yang jelas menggabungkan perdagangan dengan leveraj,&nbsp;diplomasi dan dominasi. [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-04-09T09:23:39+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2025-04-09T09:23:41+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/2898dae3279c411585f925995ad2bedf-1024x576.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1024\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"576\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/png\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"5 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/\",\"name\":\"Tarif, Trump Dan Dagangan : Mengapa Malaysia Perlu Bertahan Berbanding Tindak Balas - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/2898dae3279c411585f925995ad2bedf.png\",\"datePublished\":\"2025-04-09T09:23:39+00:00\",\"dateModified\":\"2025-04-09T09:23:41+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/2898dae3279c411585f925995ad2bedf.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/2898dae3279c411585f925995ad2bedf.png\",\"width\":2048,\"height\":1152},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Tarif, Trump Dan Dagangan : Mengapa Malaysia Perlu Bertahan Berbanding Tindak Balas\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Tarif, Trump Dan Dagangan : Mengapa Malaysia Perlu Bertahan Berbanding Tindak Balas - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Tarif, Trump Dan Dagangan : Mengapa Malaysia Perlu Bertahan Berbanding Tindak Balas - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 9\u00a0April &#8212; Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif ke atas eksport Malaysia baru-baru ini hanya membuktikan pusingan \u2018tajam\u2019 dalam diplomasi ekonomi global dan antara simptom\u00a0yang memburukkan lagi kegelisahan geopolitik. Kehadiran semula&nbsp;Donald Trump mendiami Rumah Putih, turut memaksa dunia untuk sekali lagi melakukan penyesuaian dengan label&nbsp;nasionalisme laungannya&nbsp;yang jelas menggabungkan perdagangan dengan leveraj,&nbsp;diplomasi dan dominasi. [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2025-04-09T09:23:39+00:00","article_modified_time":"2025-04-09T09:23:41+00:00","og_image":[{"width":1024,"height":576,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/2898dae3279c411585f925995ad2bedf-1024x576.png","type":"image\/png"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"5 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/","name":"Tarif, Trump Dan Dagangan : Mengapa Malaysia Perlu Bertahan Berbanding Tindak Balas - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/2898dae3279c411585f925995ad2bedf.png","datePublished":"2025-04-09T09:23:39+00:00","dateModified":"2025-04-09T09:23:41+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/2898dae3279c411585f925995ad2bedf.png","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/2898dae3279c411585f925995ad2bedf.png","width":2048,"height":1152},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/tarif-trump-dan-dagangan-mengapa-malaysia-perlu-bertahan-berbanding-tindak-balas\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Tarif, Trump Dan Dagangan : Mengapa Malaysia Perlu Bertahan Berbanding Tindak Balas"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7829","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7829"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7829\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7830,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7829\/revisions\/7830"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6632"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7829"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7829"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7829"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}