{"id":88217,"date":"2025-12-08T11:12:42","date_gmt":"2025-12-08T03:12:42","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=88217"},"modified":"2025-12-08T11:12:44","modified_gmt":"2025-12-08T03:12:44","slug":"pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/","title":{"rendered":"Pelaksanaan Dwi\u00adrangkaian 5G Antara Pencapaian Utama Industri Telekomunikasi 2025"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 8 Dis &#8212;\u00a0 Industri telekomunikasi mencatat prestasi yang berdaya tahan pada 2025 walaupun beroperasi dalam persekitaran mendatar &#8212; paparan pasaran matang yang konsisten dengan trend global.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut syarikat data dan analisis&nbsp;GlobalData\u2019s Telecom Forecast, pertumbuhan industri telekomunikasi yang sederhana dalam tempoh separuh pertama 2025 juga dijangka berterusan sehingga akhir tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, penyelidikan GlobalData mengunjurkan pasaran telekomunikasi kekal konsisten pada RM32.3 bilion dalam 2025 dan momentum itu berterusan dengan pertumbuhan tahun ke tahun 2.2 peratus mencecah&nbsp;RM32.0 bilion pada 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganalisis Prinsipal Kanan Teknologi&nbsp;Alfie Amir&nbsp;berkata syarikat telekomunikasi (telco) utama telah bertindak&nbsp;mempercepat&nbsp;usaha transformasi masing-masing dengan mengguna pakai teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni bagi mengurangkan kemerosotan dalam perkhidmatan legasi seperti suara, mesej dan data sambil mengembangkan aliran pendapatan baharu,\u201d katanya kepada Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>Alfie berkata nilai keseluruhan perkhidmatan telekomunikasi (perkhidmatan mudah alih dan talian tetap) dijangka mencatat penurunan kecil sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada 2025, daripada RM31.9 bilion kepada RM31.3 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Dwirangkaian 5G&nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Antara pencapaian industri telekomunikasi bagi 2025 termasuk pelancaran rangkaian kedua 5G oleh&nbsp;U Mobile Sdn Bhd, selepas syarikat itu mendapat kelulusan kerajaan untuk melaksanakan rangkaian di bawah strategi rangkaian borong.<\/p>\n\n\n\n<p>U Mobile telah menerima surat anugerah rasmi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi pelaksanaan rangkaian 5G pada Mac lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Syarikat itu mula mengendalikan&nbsp;rangkaian 5G pada 14 Julai&nbsp;dan secara rasmi melancarkan rangkaian 5G kendiri &#8212; 5G Ultra&nbsp;pada Ogos 2025&nbsp;dan menyasarkan liputan&nbsp;80 peratus populasi Malaysia menjelang separuh kedua 2026, termasuk di kawasan awam berkapasiti tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Oktober, penyedia rangkaian 5G terbaharu itu memeterai perjanjian akses borong dengan Eastel yang juga&nbsp;pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) baharu milik penyedia perkhidmatan telekomunikasi Anchor Communications&nbsp;yang dijangka dilancarkan pada suku pertama 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Kontrak lima tahun itu merupakan perjanjian akses borong 5G dan 4G pertama U Mobile dan menyaksikan syarikat berkenaan&nbsp;menyediakan infrastruktur 5G generasi baharu serta rangkaian 4G.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejajar usaha itu, U Mobile telah menaik taraf sebanyak 2,976 tapak, menyediakan 58.2 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk setakat 31 Oktober 2025 yang membuktikan fasa pelaksanaan aktif dalam pengembangan rangkaian 5G nasional.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kemunculan 5G maju&nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun negara ini masih dalam proses pelaksanaan dwirangkaian 5G, YTL Communications menerusi jenama Yes, telah memperkenalkan teknologi 5G Advanced di Malaysia .<\/p>\n\n\n\n<p>YTL Communications juga menjadi syarikat telekomunikasi pertama Malaysia yang melancarkan 5G Advanced secara komersial dengan&nbsp;evolusi seterusnya teknologi 5G dengan liputan di serata Lembah Klang dan disasarkan tersedia di seluruh negara menjelang Disember 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Syarikat itu juga mengumumkan bahawa Yes 5G Advanced menawarkan kelajuan lebih pantas, meningkatkan liputan, ketersambungan sedia kecerdasan buatan (AI) dan ciri rangkaian yang&nbsp;membolehkan sambungan diutamakan serta&nbsp;lebih stabil.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Digital Network Bhd (DNB), pengendali rangkaian 5G pertama negara, telah bekerjasama dengan Ericsson dalam usaha memastikan kelancaran teknologi 5G Advanced pada rangkaiannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Teknologi baharu itu yang memanfaatkan AI, meningkatkan pengalaman pengguna&nbsp;dengan kependaman ultra rendah serta daya pemprosesan, sekali gus menyuntik pengalaman yang bermakna.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><strong>JENDELA,&nbsp;kesalinghubungan dan akses internet<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Di bawah Belanjawan 2026, MCMC akan melaksanakan projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek ini merangkumi pembinaan kabel dasar laut sepanjang 3,190 kilometer dari Johor ke Sabah dan Sarawak bagi memperkukuh kesalinghubungan nasional dan akses internet.<\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, liputan jalur lebar akan terus dipertingkatkan menerusi projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa dua ke sejumlah&nbsp;2,700 lokasi baharu, terutama&nbsp;di kawasan luar bandar dan pedalaman yang melibatkan peruntukan RM780 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Komunikasi&nbsp;Datuk Fahmi Fadzil berkata liputan internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk telah mencecah 98.82 peratus setakat 31 Julai lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Mac lepas, Kongres Dunia Mudah Alih 2025 menyaksikan Malaysia mengukuhkan transformasi digital menerusi&nbsp; pertukaran 19 memorandum persefahaman (MoU) antara penggiat tempatan dan pemimpin teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>MoU itu turut memaparkan komitmen penggiat industri bagi memajukan inovasi, khususnya teknologi AI, 5G dan telekomunikasi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Prospek telekomunikasi bagi 2026<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Alfie, pasaran telekomunikasi dijangka mengekalkan momentum pertumbuhannnya&nbsp;dengan berkembang 2.2 peratus tahun ke tahun yang mencecah RM32.0 bilion pada 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertumbuhan itu akan didorong oleh peralihan berterusan daripada model telekomunikasi tradisional ke arah \u2018techco\u2019 atau berteraskan keupayaan teknologi, disokong oleh pelaburan lebih ketara dalam perkhidmatan digital,&nbsp;teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perusahaan serta kesalinghubungan generasi baharu atau seterusnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAI akan kekal menjadi komponen penting dalam strategi telekomunikasi. Syarikat telco ini dijangka meningkatkan pelaburan AI masing-masing bagi&nbsp;meningkatkan kecekapan operasi, memacu automasi, inovasi produk selain penglibatan dan pengalaman pelanggan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSegmen perusahaan misalnya akan terus menjadi enjin pertumbuhan utama telco selepas&nbsp;menyumbang kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan hasil syarikat itu serta&nbsp;dijangka mencatat pertumbuhan kukuh,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>GlobalData menjangkakan pasaran perkhidmatan ICT perusahaan bagi telco akan berkembang sebanyak 17.4 peratus kepada RM44.5 bilion pada 2026 dan&nbsp;dijangka meningkat dua kali menjelang 2029.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 8 Dis &#8212;\u00a0 Industri telekomunikasi mencatat prestasi yang berdaya tahan pada 2025 walaupun beroperasi dalam persekitaran mendatar &#8212; paparan pasaran matang yang konsisten dengan trend global. Mengikut syarikat data dan analisis&nbsp;GlobalData\u2019s Telecom Forecast, pertumbuhan industri telekomunikasi yang sederhana dalam tempoh separuh pertama 2025 juga dijangka berterusan sehingga akhir tahun ini. Bagaimanapun, penyelidikan GlobalData [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":80160,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":{"0":"post-88217","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-bisnes"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Pelaksanaan Dwi\u00adrangkaian 5G Antara Pencapaian Utama Industri Telekomunikasi 2025 - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Pelaksanaan Dwi\u00adrangkaian 5G Antara Pencapaian Utama Industri Telekomunikasi 2025 - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 8 Dis &#8212;\u00a0 Industri telekomunikasi mencatat prestasi yang berdaya tahan pada 2025 walaupun beroperasi dalam persekitaran mendatar &#8212; paparan pasaran matang yang konsisten dengan trend global. Mengikut syarikat data dan analisis&nbsp;GlobalData\u2019s Telecom Forecast, pertumbuhan industri telekomunikasi yang sederhana dalam tempoh separuh pertama 2025 juga dijangka berterusan sehingga akhir tahun ini. Bagaimanapun, penyelidikan GlobalData [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-12-08T03:12:42+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2025-12-08T03:12:44+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/What-Is-5G-Technology-And-How-Must-Businesses-Prepare-For-It.png\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"1000\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"667\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/png\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"4 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/\",\"name\":\"Pelaksanaan Dwi\u00adrangkaian 5G Antara Pencapaian Utama Industri Telekomunikasi 2025 - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/What-Is-5G-Technology-And-How-Must-Businesses-Prepare-For-It.png\",\"datePublished\":\"2025-12-08T03:12:42+00:00\",\"dateModified\":\"2025-12-08T03:12:44+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/What-Is-5G-Technology-And-How-Must-Businesses-Prepare-For-It.png\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/What-Is-5G-Technology-And-How-Must-Businesses-Prepare-For-It.png\",\"width\":1000,\"height\":667},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Pelaksanaan Dwi\u00adrangkaian 5G Antara Pencapaian Utama Industri Telekomunikasi 2025\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Pelaksanaan Dwi\u00adrangkaian 5G Antara Pencapaian Utama Industri Telekomunikasi 2025 - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Pelaksanaan Dwi\u00adrangkaian 5G Antara Pencapaian Utama Industri Telekomunikasi 2025 - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 8 Dis &#8212;\u00a0 Industri telekomunikasi mencatat prestasi yang berdaya tahan pada 2025 walaupun beroperasi dalam persekitaran mendatar &#8212; paparan pasaran matang yang konsisten dengan trend global. Mengikut syarikat data dan analisis&nbsp;GlobalData\u2019s Telecom Forecast, pertumbuhan industri telekomunikasi yang sederhana dalam tempoh separuh pertama 2025 juga dijangka berterusan sehingga akhir tahun ini. Bagaimanapun, penyelidikan GlobalData [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2025-12-08T03:12:42+00:00","article_modified_time":"2025-12-08T03:12:44+00:00","og_image":[{"width":1000,"height":667,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/What-Is-5G-Technology-And-How-Must-Businesses-Prepare-For-It.png","type":"image\/png"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"4 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/","name":"Pelaksanaan Dwi\u00adrangkaian 5G Antara Pencapaian Utama Industri Telekomunikasi 2025 - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/What-Is-5G-Technology-And-How-Must-Businesses-Prepare-For-It.png","datePublished":"2025-12-08T03:12:42+00:00","dateModified":"2025-12-08T03:12:44+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/What-Is-5G-Technology-And-How-Must-Businesses-Prepare-For-It.png","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/What-Is-5G-Technology-And-How-Must-Businesses-Prepare-For-It.png","width":1000,"height":667},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-bisnes\/pelaksanaan-dwirangkaian-5g-antara-pencapaian-utama-industri-telekomunikasi-2025\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Pelaksanaan Dwi\u00adrangkaian 5G Antara Pencapaian Utama Industri Telekomunikasi 2025"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/88217","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=88217"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/88217\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":88218,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/88217\/revisions\/88218"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/80160"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=88217"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=88217"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=88217"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}